{"id":6145,"date":"2022-06-28T04:34:36","date_gmt":"2022-06-28T04:34:36","guid":{"rendered":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/?post_type=news&#038;p=6145"},"modified":"2022-06-28T04:34:36","modified_gmt":"2022-06-28T04:34:36","slug":"inovasi-rawatan-ortopedik-elak-jangkitan-kuman","status":"publish","type":"news","link":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/news\/inovasi-rawatan-ortopedik-elak-jangkitan-kuman\/","title":{"rendered":"INOVASI RAWATAN ORTOPEDIK ELAK JANGKITAN KUMAN"},"content":{"rendered":"<p>Oleh Rozdan Mazalan<\/p>\n<p><a href=\"mailto:rozdan@bh.com.my\">rozdan@bh.com.my<\/a><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>KUALA LUMPUR:<\/strong>\u00a0Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkasakan rangkaian kerjasama dengan industri menerusi kerjasama pintar dengan pengeluar peranti perubatan rawatan ortopedik Vigilenz Medical Devices Sdn Bhd.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr Raja Affendi Raja Ali, berkata kerjasama dilaksana dalam memperkemas rawatan pembedahan ortopedik bagi mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah menggunakan implan atau besi khas.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Beliau berkata, inovasi itu memperkasakan prosedur pembedahan selain mengawal luka daripada jangkitan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Katanya, masalah jangkitan pada tulang boleh merebak ke seluruh badan hingga membawa komplikasi menyebabkan kerosakan kekal hingga menjejaskan fungsi tulang.<\/p>\n<p>\u201cPada permulaan kerjasama ini merangkumi usaha membangunkan peralatan implan ortopedik kalis biofilem pertama di dunia bertujuan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang cedera disebabkan kemalangan.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama UKM dan Vigilenz Medical Devices diharap meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan rawatan terutama dalam bidang ortopedik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong>Status halal benang jahitan luka<\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Vigilenz Medical Devices di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini hari ini.<\/p>\n<p>Katanya, keyakinan UKM menjalin kerjasama ini memandangkan syarikat sama bertindak sebagai pengeluar peralatan rawatan iaitu suture atau benang jahitan luka pertama di dunia mendapat pensijilan halal pada 2015.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Vigilenz Medical Devices, Prof Dr Shudipta Choudhury, berkata kerjasama dengan UKM bertujuan mengenalpasti kegunaan implan terutama dalam kes trauma membabitkan kepatahan tulang serta luka bahagian sama.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cImplan ortopedik ini dilengkapi salutan bactiguard ialah satu proses yang sudah diguna sejak lebih 20 tahun dan dipatenkan menggunakan tiga jenis logam iaitu emas, paladium (logam perak putih) dan perak.<\/p>\n<p>\u201cSalutan ini menghasilkan arus galvanik bagi mengelak bakteria supaya tidak melekat pada permukaan dan mengurangkan risiko jangkitan kuman.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>\u201cLapisan bactiguard sangat nipis dan tidak menjejaskan implan yang disaluti. Inovasi ini membolehkan pihak kami mendapat hak eksklusif menggunakan teknologi salutan bactiguard bagi prosedur implan ortopedik.<\/p>\n<p>\u201cMalah kami banyak melakukan kajian dan bekerjasama dengan peserta industri dalam menghasilkan inovasi rawatan dan perubatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>Sumber: https:\/\/www.bharian.com.my\/wanita\/sihat\/2019\/10\/616199\/inovasi-rawatan-ortopedik-elak-jangkitan-kuman<\/p>\n<p>Jumaat; 11 Oktober 2019<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my &nbsp; KUALA LUMPUR:\u00a0Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkasakan rangkaian kerjasama dengan industri menerusi kerjasama pintar dengan pengeluar peranti perubatan rawatan ortopedik Vigilenz Medical Devices Sdn Bhd. &nbsp; Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr Raja Affendi Raja Ali, berkata kerjasama dilaksana dalam memperkemas rawatan pembedahan ortopedik bagi mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah menggunakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":6146,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","tags":[],"news-category":[13,8],"class_list":["post-6145","news","type-news","status-publish","has-post-thumbnail","hentry","news-category-13","news-category-berita"],"jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/news\/6145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/news"}],"about":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/types\/news"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6145"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/news\/6145\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6146"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6145"},{"taxonomy":"news-category","embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/ortopedik\/wp-json\/wp\/v2\/news-category?post=6145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}