Tahniah & Selamat Cuti Belajar: Dr. Muhammad Kamal Mohd Abdul Jamil
Tahniah diatas ‘HADIAH LATIHAN CUTI BELAJAR (SLAI) ANJURAN BERSAMA UKM/KPM’. Dr. Muhammad Kamal Mohd Abdul Jamil akan bercuti belajar bagi mengikuti kursus berikut:
- Ijazah: Doktor Falsafah (Pediatric Orthopaedic)
- Tempat: University of Sydney, Australia
- Tarikh dan Tempoh: 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2018 (36 bulan).
Tugas beliau sebagai Ketua Modul/Penyelaras Tahun 4 Pra-Siswazah Ortopedik akan diambilalih oleh Dr. Kamalnizat Ibrahim. Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan selamat bercuti belajar serta beroleh kejayaan yang cemerlang dan terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada HCTM, PPUKM, Jabatan, Fakulti dan Universiti.
