TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHD YAZID BAJURI YANG TELAH MEMENANGI 3 PINGAT EMAS DI ‘INTERNATIONAL TRADE FAIR IENA 2017, GERMANY’
TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHD YAZID BAJURI YANG TELAH MEMENANGI 3 PINGAT EMAS DI ‘INTERNATIONAL TRADE FAIR IENA 2017, GERMANY’ yang berlangsung di Nuremberg, Germany pada 02 – 05 November 2017. Acara ini adalah Pameran Khusus Perdagangan yang memperkenalkan Idea, Intervasi dan Produk Baru (“Ideas – Inventions – New Products”) dari pencipta dan pemegang lesen seluruh dunia. Pameran perdagangan antarabangsa ini berlangsung selama 4 hari dan dihadiri oleh pencipta dan pemegang lesen dari seluruh dunia. Lebih daripada 700 ciptaan yang masih menunggu untuk dipasarkan dibentangkan disini.
Pelawat perdagangan dari 44 negara bertemu dengan kira-kira 500 pencipta iENA. Idea terbaik akan dianugerahkan oleh Pakar Juri Antarabangsa. iENA Nuremberg adalah hab antarabangsa untuk penemuan dan idea produk baru. Beliau memenangi pingat Emas untuk 3 inovasi bertajuk; ‘Development of Total Ankle Replacement Digital Templating Software (MyAnkleTM)’, ‘Development of Bone Scaffold Using Rapid Prototyping System Integrated with Tissue Engineered Cells’ dan ‘My Ankle Fixator’.
Beliau menjelaskan bahawa 2 inovasi telah dipaten dan didaftarkan sebagai Harta Intelek (Intellectual property (IP)), iaitu ‘MyAnkleTM’ dan ‘Development of Bone Scaffold Using Rapid Prototyping System Integrated with Tissue Engineered Cells’. Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang dan cabaran kepada semua untuk mempertingkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang gemilang di masa hadapan.

