Tahniah Pasukan Pins & Screws dari Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan UKM
Pertandingan Boling Pascasiswazah Fakulti Perubatan UKM 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 November 2025 bertempat di Ampang Superbowl, Berjaya Times Square. Program ini merupakan anjuran julung kali oleh Persatuan Siswazah Fakulti Perubatan (PSIFER) dengan kerjasama Sekretariat Pengajian Siswazah (SPS), Fakulti Perubatan. Pertandingan ini berjaya menghimpunkan penyertaan daripada lebih 20 jabatan serta wakil Pejabat Dekan, melibatkan pelajar pascasiswazah dan staf Fakulti Perubatan UKM dalam suasana santai, semangat kesukanan dan kekitaan serta penuh kemeriahan.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan Ahli Pengurusan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Norazlina Binti Mohamed, Timbalan Dekan (Prasiswazah); Prof. Dr. Syahrul Sazliyana Binti Shaharir, Penolong Dekan (Perkhidmatan Klinikal); dan Prof. Madya Dr. Mohd Helmy Bin Mokhtar, Penolong Dekan (Keusahawanan). Setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang Kategori Kumpulan tempat pertama Crash Cart Crew dari Jabatan Perubatan Kecemasan, tempat kedua Ahli X dari Jabatan Radiologi dan tempat ketiga Pins & Screws dari Jabatan Ortopedik & Traumatologi yang dianggotai oleh YBhg. Prof Madya Dr Muhammad Kamal Muhammad Abdul Jamil, Dr Afif Abdul Latiff, Mej (B) Dr Saiful Firdaus Mohd Samsuri dan Dr Amri Bin Dahdi. Komitmen, kerjasama dan dedikasi setiap ahli pasukan benar-benar menginspirasikan. Terima kasih kerana menunjukkan semangat profesionalisme yang luar biasa.
Terima kasih atas kehadiran dan sokongan semua yang menjayakan acara ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan kita dipertemukan lagi dalam program PSIFER yang akan datang!
