Tahniah Mej. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri

25 Nov 2024

Setinggi-tinggi tahniah kepada Mej. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri dari Jabatan Ortopedik & Traumatologi atas kejayaan luar biasa menamatkan pengajian PhD dalam Visual Informatics dalam bidang Realiti Maya.

Pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan akademik tetapi juga satu langkah besar dalam menghubungkan pelbagai disiplin ilmu, khususnya antara bidang perubatan dan teknologi visual. Kejayaan ini pasti memberi inspirasi kepada ramai dan membuka peluang baharu dalam inovasi teknologi untuk bidang ortopedik dan traumatologi. Kami bangga dengan pencapaian Prof. Dr. Mohd Yazid dan berharap agar beliau terus cemerlang dalam menyumbang kepada dunia akademik dan perubatan. Syabas!

Tulus ikhlas daripada Warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi Fakulti Perubatan / Hospital UKM.

Search

+