Majlis Anugerah Bitara UKM

29 Sep 2025
Majlis Anugerah Bitara UKM yang telah diadakan pada 9 September 2025 merupakan acara tahunan sejak 2016 bagi mengiktiraf kecemerlangan, inovasi serta sumbangan berimpak tinggi kepada universiti dan masyarakat oleh staf dan jabatan dalam pelbagai bidang termasuk akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan, penjanaan dan pembangunan modal insan.
Jabatan Ortopedik & Traumatologi Fakulti Perubatan UKM / Hospital UKM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri atas pencapaian dalam Anugerah Bitara Prakarsa (Akademik).
Semoga dengan anugerah ini dapat memperkukuhkan lagi komitmen warga fakulti untuk terus menyumbangkan usaha, dedikasi dan kepakaran dalam memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan, pengajaran, kreativiti serta khidmat kepada komuniti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Search

+