Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Majlis Anugerah Bitara dan Inspirasi Kualiti Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 13 November 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.
Majlis ini merupakan kemuncak sambutan Hari Kualiti HCTM 2025, yang bertujuan mengiktiraf individu serta pasukan cemerlang dalam pelbagai bidang berkaitan kualiti. Anugerah kecemerlangan disampaikan kepada penerima yang layak sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kerjasama dan dedikasi mereka dalam memperkukuh budaya kualiti di HCTM. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima:
1. Anugerah Bitara Keterlibatan Industri – Jabatan Ortopedik & Traumatologi
2. Anugerah Bitara Media Massa – Dr. Muhammad Karbela Reza Ramlan
3. Anugerah Bitara Tokoh – En. Mohamad Ramadhan Mohd Ghaus
4. Anugerah Tempat Kerja Selamat – Wad 4J
5. Pra-Konvensyen QA (Saguhati) – Klinik Ortopedik




2. Anugerah Bitara Media Massa – Dr. Muhammad Karbela Reza Ramlan
3. Anugerah Bitara Tokoh – En. Mohamad Ramadhan Mohd Ghaus
4. Anugerah Tempat Kerja Selamat – Wad 4J
5. Pra-Konvensyen QA (Saguhati) – Klinik Ortopedik





Budaya kualiti bukan sekadar slogan atau acara tahunan, tetapi merupakan cara kerja dan nilai teras organisasi yang perlu dihayati dalam setiap tindakan. Amalan budaya kualiti menjadi asas kepada kecemerlangan perkhidmatan kesihatan serta penentu kepada keselamatan dan kesejahteraan pesakit, yang sentiasa menjadi keutamaan HCTM. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh budaya kecemerlangan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di HCTM.
