Audit Pelaksanaan Kendiri Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian Dan Perkhidmatan (SPK PPP) Fakulti Perubatan UKM 2025

19 Dec 2025
Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan UKM mengalu-alukan kedatangan Pasukan Audit Pelaksanaan Kendiri Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian Dan Perkhidmatan (SPK PPP) Fakulti Perubatan UKM 2025 yang diketuai oleh Dr. Umi Kalsom @ Satariah Ali bersama Dr. Lydia Kamaruzaman bagi menjalankan Audit Pelaksanaan Kendiri Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian Dan Perkhidmatan (SPK PPP) Fakulti Perubatan UKM 2025 pada 18 Disember 2025.
Taklimat pembukaan audit telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Nor Hamdan Mohamad Yahaya, Ketua Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan UKM di Bilik Seminar, Jabatan Ortopedik & Traumatologi. Turut hadir sama dalam sesi ini adalah YBhg. Prof. Madya Dr. Nor Hazla Mohamed Haflah, Dr. Levin Kesu Belani, En. Muhammad Daniel Muhammad Sharif, Pn. Farah Ibrahim dan En. Mohamad Ramadhan Mohd Ghaus.

Search

+