7th Prof. Quazi M Iqbal Memorial Lecture
Prof Quazi M Iqbal Memorial Lecture’ adalah syarahan peringatan yang telah diadakan pada setiap tahun sejak 2009 sebagai penghormatan kepada Profesor pengasas Jabatan Ortopedik & Traumatologi (PPUKM), Prof. Quazi M. Iqbal yang telah memulakan program latihan kepakaran Ortopedik pada tahun 1981. Pensyarah undangan adalah Dr Chandra Muzaffar yang merupakan presiden International Movement for a Just World (JUST) – sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa berpangkalan di Malaysia, yang bertujuan untuk mengkritik ketidakadilan global dan untuk membangunkan wawasan alternatif tamadun adil dan ehsan berpandukan nilai-nilai kerohanian dan moral. Beliau juga adalah mantan profesor dan Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (1997-1999) dan profesor kajian global di Universiti Sains Malaysia (2007-2012).
Butiran program seperti berikut:
- Tarikh: Rabu, 19 Ogos 2015
- Tempat: Auditorium PPUKM
- Program:
- 0800 – Bacaan doa
- 0805 – Pengenalan Prof QM Iqbal
- 0810 – Pengenalan Dr Chandra Muzaffar
- 0815 – Syarahan bertajuk – Is Unity In Diversity Possible At All?
- 0845 – Soal Jawab
Dengan segala hormatnya kami menjemput untuk menghadiri syarahan peringatan ini. RSVP kepada saudara Zakaria melalui email: z_amnan@ppukm.ukm.edu.my atau SMS 0126251165 sebelum 14 Ogos 2015.
