UCAPAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA: ZAITUL ITHRI ZAMRI – SETIAUSAHA
Terima kasih dan Selamat bertugas di tempat baharu diucapkan kepada PUAN ZAITUL ITHRI ZAMRI, Setiausaha Jabatan Ortopedik setelah berkhidmat dan mencurahkan khidmat yang sangat cemerlang di Jabatan Ortopedik & Traumatologi. Beliau berpindah ke Jabatan Parasitologi, PPUKM pada 21 Mei 2018. Tugas beliau akan dipangku oleh PUAN SYAIDATINA KHADIJAH NORDIN (Pembantu Tadbir).
Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mendoakan semoga PUAN ZAITUL ITHRI ZAMRI sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta, serta terus memberikan khidmat yang cemerlang.
Terima kasih, selamat bertugas dan jasamu tetap dikenang.










