JEMPUTAN KE MAJLIS SYARAHAN MEMORIAL PROFESOR DR. QUAZI M. IQBAL KE-11

27 Jul 2023

Adalah dimaklumkan Jabatan Ortopedik & Traumatologi menjemput ke Majlis Syarahan Memorial Profesor Dr. Quazi M.Iqbal ke-11 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 3 Ogos 2023 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 3, Blok Tambahan Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’far, HCTM .

Mohon kerjasama YBhg. Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memberi maklum balas kehadiran melalui talian 03-9145 6004 Puan Fatin Suraya 03-9145 6005 Puan Farah Ibrahim.

Tahniah DR. LEVIN KESU BELANI

20 Jan 2023

Tahniah DR. LEVIN KESU BELANI di atas pengurniaan AHLI SETIA NEGERI SEMBILAN (ANS) sempena ulang tahun keputeraan yang Ke-75, Duli yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

INOVASI RAWATAN ORTOPEDIK ELAK JANGKITAN KUMAN

28 Jun 2022

Oleh Rozdan Mazalan

rozdan@bh.com.my

 

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkasakan rangkaian kerjasama dengan industri menerusi kerjasama pintar dengan pengeluar peranti perubatan rawatan ortopedik Vigilenz Medical Devices Sdn Bhd.

 

Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr Raja Affendi Raja Ali, berkata kerjasama dilaksana dalam memperkemas rawatan pembedahan ortopedik bagi mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah menggunakan implan atau besi khas.

 

Beliau berkata, inovasi itu memperkasakan prosedur pembedahan selain mengawal luka daripada jangkitan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit.

 

Katanya, masalah jangkitan pada tulang boleh merebak ke seluruh badan hingga membawa komplikasi menyebabkan kerosakan kekal hingga menjejaskan fungsi tulang.

“Pada permulaan kerjasama ini merangkumi usaha membangunkan peralatan implan ortopedik kalis biofilem pertama di dunia bertujuan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang cedera disebabkan kemalangan.

“Kerjasama UKM dan Vigilenz Medical Devices diharap meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan rawatan terutama dalam bidang ortopedik,” katanya.

 

Status halal benang jahitan luka

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Vigilenz Medical Devices di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini hari ini.

Katanya, keyakinan UKM menjalin kerjasama ini memandangkan syarikat sama bertindak sebagai pengeluar peralatan rawatan iaitu suture atau benang jahitan luka pertama di dunia mendapat pensijilan halal pada 2015.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Vigilenz Medical Devices, Prof Dr Shudipta Choudhury, berkata kerjasama dengan UKM bertujuan mengenalpasti kegunaan implan terutama dalam kes trauma membabitkan kepatahan tulang serta luka bahagian sama.

 

“Implan ortopedik ini dilengkapi salutan bactiguard ialah satu proses yang sudah diguna sejak lebih 20 tahun dan dipatenkan menggunakan tiga jenis logam iaitu emas, paladium (logam perak putih) dan perak.

“Salutan ini menghasilkan arus galvanik bagi mengelak bakteria supaya tidak melekat pada permukaan dan mengurangkan risiko jangkitan kuman.

 

“Lapisan bactiguard sangat nipis dan tidak menjejaskan implan yang disaluti. Inovasi ini membolehkan pihak kami mendapat hak eksklusif menggunakan teknologi salutan bactiguard bagi prosedur implan ortopedik.

“Malah kami banyak melakukan kajian dan bekerjasama dengan peserta industri dalam menghasilkan inovasi rawatan dan perubatan,” katanya.

 

Sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/10/616199/inovasi-rawatan-ortopedik-elak-jangkitan-kuman

Jumaat; 11 Oktober 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri

27 Apr 2022
Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga HCTM dan UKM.

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

1 Apr 2022

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua warga HCTM, Fakulti Perubatan, dan UKM.

Tahniah YBhg. Prof. Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar

19 Jan 2022

Sekalung tahniah kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi HCTM berkuatkuasa 10 Januari 2022 sehingga 9 Januari 2025.

Majlis MoU antara UKM dan Malaysian Arthroscopy Society (MAS)

15 Dec 2021

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Malaysian Arthroscopy Society (MAS) telah berlangsung pada 7 November 2021 di Le Meridien Hotel Kuala Lumpur. Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah di tandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Mohammad b. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), selaku wakil Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Presiden Malaysian Arthroscopy Society (MAS) Kolonel (B) Dr. Azmi Abdul Latif.  Turut dihadiri Dekan, Fakulti Perubatan UKM, YM Prof Dr. Raja Affendi Raja Ali  sebagai saksi perjanjian tersebut,  YBhg.Prof. Dato’ Dr Hanafiah HarunarashidPro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), YBhg.Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni), Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan (Ketua Jabatan Ortopedik & Traumatologi) dan jemputan khas YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia). Sekalung penghargaan dan tahniah untuk Jabatan Ortopedik & Traumatologi dan penyelaras iaitu  Dato’ Dr. Badrul Akmal Hisham Md. Yusoff.

 

Tahniah Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan

29 Nov 2021

Kakitangan Jabatan Ortopedik dan Traumatologi  mengucapkan tahniah atas pelantikan diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM mulai 1 Disember 2021 hingga 30 November 2024.
 

 

1 2 3 6

Search

+