Salam Takziah: Professor Dr. Chairuddin Rasjad

3 Oct 2022

Seluruh warga Jabatan Orthopedik & Traumatologi mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Professor Dr. Chairuddin Rasjad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman.

‘STRATEGIC PLANNING 2022’ JABATAN ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI UKM

26 Sep 2022

Pada 22-23 September 2022, bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi UKM, telah mengadakan ‘Strategic Planning’ bagi tahun 2022. Pihak jabatan telah membincangkan perancangan masa depan jangka masa pendek dan panjang jabatan di Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM. Sesi hari pertama bermula dengan pembentangan sejarah-sejarah unit-unit di jabatan, iaitu unit kecederaan sukan, spinal, artroplasti, onkologi ortopedik, ortopedik kanak-kanak, tangan, kaki & buku lali, trauma dan rehabilitasi. Sesi diteruskan dengan perancangan masa depan unit-unit.

Sesi hari kedua, pihak jabatan telah menjemput beberapa terhormat dari ahli-ahli pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu;

  1. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia
  2. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti
  3. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM
  4. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HPKK

Dalam sesi pembentangan, pelbagai isu-isu berbangkit telah dibincangkan termasuk hala tuju jabatan, dinamik dalam menjalankan perkhidmatan di hospital dan fakulti di antara kakitangan lantikan fakulti dan hospital, penerbitan di jurnal-jurnal terkemuka, inovasi-inovasi, pengiktirafan sebagai professor, masalah kenaikan pangkat yang tertangguh dan masalah pembayaran gaji yang tertangguh kerana pandemik covid kepada doktor di jabatan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2022

30 Aug 2022

Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi (Fakulti Perubatan, HCTM, HPKK) ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke 65 (31 Ogos 2022) & Hari Malaysia 2022 Ke 59 (16 September 2022) kepada seluruh Warga UKM dan semua rakyat Malaysia, Semoga negara kita terus aman, sentosa dan harmoni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

27 Apr 2022
Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga HCTM dan UKM.

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

1 Apr 2022

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa kepada semua warga HCTM, Fakulti Perubatan, dan UKM.

Tahniah YBhg. Prof. Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar

19 Jan 2022

Sekalung tahniah kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Ortopedik dan Traumatologi HCTM berkuatkuasa 10 Januari 2022 sehingga 9 Januari 2025.

Search

+