Majlis MoU antara UKM dan Malaysian Arthroscopy Society (MAS)
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Malaysian Arthroscopy Society (MAS) telah berlangsung pada 7 November 2021 di Le Meridien Hotel Kuala Lumpur. Memorandum Persefahaman (MoU) ini telah di tandatangani oleh YBhg. Prof. Dr. Mohammad b. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), selaku wakil Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Presiden Malaysian Arthroscopy Society (MAS) Kolonel (B) Dr. Azmi Abdul Latif. Turut dihadiri Dekan, Fakulti Perubatan UKM, YM Prof Dr. Raja Affendi Raja Ali sebagai saksi perjanjian tersebut, YBhg.Prof. Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), YBhg.Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni), Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan (Ketua Jabatan Ortopedik & Traumatologi) dan jemputan khas YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Mohamad Abdul Razak (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia). Sekalung penghargaan dan tahniah untuk Jabatan Ortopedik & Traumatologi dan penyelaras iaitu Dato’ Dr. Badrul Akmal Hisham Md. Yusoff.




