Majlis ‘Jasamu Dikenang’ & Terima Kasih Dr Mohamed Ashraff Mohd Ariff, Majlis IFTAR dan Majlis Kesyukuran Lulus Cemerlang CBO Pelajar Program Doktor Pakar Ortopedik MEI 2019
Terima kasih dan Selamat bertugas di tempat baharu diucapkan kepada Dr Mohamed Ashraff Mohd Ariff (PAKAR PERUNDING ORTOPEDIK ARTHROPLASTY & ONCOLOGY) setelah berkhidmat dan mencurahkan khidmat yang sangat cemerlang di Jabatan Ortopedik & Traumatologi. Beliau menamatkan perkhidmatan di PPUKM pada 1 Mei 2019 dan kini memulakan tugas di Hospital Pantai, Kuala Lumpur
Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mendoakan semogaDr. Shaharuddin Abdul Rhani sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta, serta terus memberikan khidmat yang cemerlang
Majlis IFTAR JABATAN ORTOPEDIK merupakan pengisian program dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan majlis yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk lebih mengeratkan ukhwah dan silaturahim setiap anggota Jabatan Ortopedik bersama ahli keluarga. Majlis Iftar telah berlangsung pada: Tarikh: 23 Mei 2019 [Khamis] Tempat: Perkarangan Jabatan Ortopedik, Tingkat 9 Majlis IFTAR kali ini lebih ISTIMEWA kerana merangkumi 3 tujuan:
- Majlis IFTAR tahunan Jabatan Ortopedik
- Majlis Kesyukuran Lulus Cemerlang CBO Pelajar Program Doktor Pakar Ortopedik MEI 2019
- Dr. Hamzah Bin Najid
- Dr. Ho Way Siong
- Dr. Lee Sing Huat
- Dr. Mohamad Hilmi Bin Mohamad Nazarallah
- Dr. Mohamed Hafizudin Bin Abdullah Sani
- Dr. Mohd Firdouse Bin Mohd Zulyadaen
- Dr. Mohd Yusof Bin Mahidin
- Dr. Mohd Zaim Bin Mohd Rashid
- Dr. Nur Dini Binti Mohd Yusof
- Dr. William Hau Wuei Huang
- Dr. Abdul Rauf Bin Kamarul Zaman [LULUS CBO PART-1]
- Majlis Perpisahan dan TERIMA KASIH diatas sumbangan dan jasa khidmat Dr Mohamed Ashraff Mohd Ariff yang telah bertukar tugas ke sektor swasta
Para Jemputan adalah terdiri daripada Pensyarah, Pelajar Program Doktor Pakar, Anggota dan Staff Jabatan serta ahli keluarga, turut dijemput adalah semua staff Wad Ortopedik. Pelbagai menu yang disajikan untuk berbuka dan menu utama adalah Kambing Bakar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis ini.
TAHNIAH! – PROF. MADYA DR. MOHD YAZID BAJURI
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd. Yazid Bajuri yang terus cemerlang dengan memenangi PINGAT EMAS di ’30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition Malaysia 2019 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center, Malaysia pada 2-4 Mei 2019 Gold Awards in ITEX 2019 – 30th International Invention, Innovation & Technology Exhibition Malaysia. [Invention – Future Ankle Hinged Fixator]
TAHNIAH: LULUS PEPERIKSAAN AKHIR [CBO PART II] PROGRAM DOKTOR PAKAR ORTOPEDIK
TAHNIAH: LULUS PEPERIKSAAN AKHIR [CBO PART II] PROGRAM DOKTOR PAKAR ORTOPEDIK
- Dr. Hamzah Bin Najid
- Dr. Ho Way Siong
- Dr. Lee Sing Huat
- Dr. Mohamad Hilmi Bin Mohamad Nazarallah
- Dr. Mohamed Hafizudin Bin Abdullah Sani
- Dr. Mohd Firdouse Bin Mohd Zulyadaen
- Dr. Mohd Yusof Bin Mahidin
- Dr. Mohd Zaim Bin Mohd Rashid
- Dr. Nur Dini Binti Mohd Yusof
- Dr. William Hau Wuei Huang
Tahniah diatas kejayaan dan LULUS cemerlang serta bergelar PAKAR BEDAH ORTOPEDIK, semoga terus memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada institusi, hospital bertugas dan Kerajaan Malaysia
SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS: MUHAMMAD FIRDAUS AHMAD BADARINSAH (PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29)
Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Muhammad Firdaus Ahmad Badarinsah [Penolong Pegawai Perubatan U29] yang telah melaporkan diri pada 1 April 2019 Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas serta bersama sama staff Jabatan dan Unit Plaster memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada HCTM, PPUKM, Jabatan, Fakulti dan Universiti.
TAHNIAH Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff; Pelopor Rawatan Arthritis Lutut Guna Sel Stem Mesenkima
Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim
CHERAS, 6 Disember 2018 – Pasukan pakar bedah ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Pensyarah Kanan dan Pakar Ortopedik & Arthroskopi, Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham Md Yusoff telah berjaya mempelopori rawatan arthritis lutut menggunakan sel stem mesenkima yang diperoleh daripada tali pusat. Kajian sejak tahun 2016 itu membabitkan rawan sendi terbentuk semula sepenuhnya selepas setahun walaupun permukaannya tidak selicin sendi rawan asal, tanpa tanda kesan sampingan.
Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham berkata, tali pusat yang digunakan untuk rawatan tersebut adalah tali pusat yang didermakan oleh pesakit yang telah melalui saringan dan ujian darah yang tertentu bagi memastikan tisu yang diperoleh mengikut piawaian yang ditetapkan dan disahkan selamat. “Sel stem itu akan dikulturkan dan dibiakkan di dalam makmal yang disertifikasi oleh Agensi Pengawalan Famaseutikal Kebangsaan. Sel-sel tersebut kemudiannya dibawa ke HCTM untuk di masukkan ke dalam sendi lutut pesakit menggunakan kaedah intra-articular injection,” katanya.
Beliau berkata, semua pesakit dalam kajian tersebut telah menunjukkan peningkatan positif yang signifikan seawal bulan ketiga dan tidak menunjukkan tanda-tanda kesan sampingan atau permasalahan sepanjang tempoh kajian dilakukan. “Pasukan kami bersama sebuah syarikat swasta iaitu Cytopeutics Sdn Bhd telah menyaring pesakit terlebih dahulu dan menjalankan pemeriksaan dan uji kaji makmal serta pengimejan sebelum pembedahan artoskopi lutut dilakukan. “Sel stem akan dimasukkan ke dalam sendi lutut dan pesakit dikehendaki menjalani rawatan susulan selama 12 bulan. “Keseluruhan proses ini disahkan sebagai patuh syariah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ,” jelasnya.
Ujar Dato’ Dr Badrul Akmal Hisham, sebagai penyelidikan translasi klinikal yang pertama yang menggunakan sel stem alogenik ke atas pesakit dalam bidang Ortopedik di HCTM, ia telah mengorak langkah untuk lebih banyak lagi kajian klinikal seumpamanya dijalankan memandangkan aspek kesesuaian, keselamatan serta tanpa kesan mudarat telah dikenal pasti daripada hasil pemerhatian. “Kita telah membentangkan hasil kajian ini di persidangan antarabangsa International Cartilage Repair and Regeneration Society (ICRS) Focus Meeting di Milan, Itali pada 13 dan 14 Disember tahun lalu bertemakan “I am not ready for metal“. Lebih 400 peserta dari 46 negara telah menghadiri persidangan ini.
“Kejayaan UKM membentangkan satu-satunya penyelidikan klinikal dari Malaysia amat menggembirakan pihak ICRS. Mereke meneliti perkembangan dan perkongsian hasil kajian terkini di Malaysia dan seterusnya menjemput UKM bagi menyertai rangkaian antarabangsa kumpulan penyelidik rawan artikular dan sel stem,” ujar beliau.3






















































































































