INOVASI RAWATAN ORTOPEDIK ELAK JANGKITAN KUMAN

28 Jun 2022

Oleh Rozdan Mazalan

rozdan@bh.com.my

 

KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkasakan rangkaian kerjasama dengan industri menerusi kerjasama pintar dengan pengeluar peranti perubatan rawatan ortopedik Vigilenz Medical Devices Sdn Bhd.

 

Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr Raja Affendi Raja Ali, berkata kerjasama dilaksana dalam memperkemas rawatan pembedahan ortopedik bagi mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah menggunakan implan atau besi khas.

 

Beliau berkata, inovasi itu memperkasakan prosedur pembedahan selain mengawal luka daripada jangkitan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit.

 

Katanya, masalah jangkitan pada tulang boleh merebak ke seluruh badan hingga membawa komplikasi menyebabkan kerosakan kekal hingga menjejaskan fungsi tulang.

“Pada permulaan kerjasama ini merangkumi usaha membangunkan peralatan implan ortopedik kalis biofilem pertama di dunia bertujuan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang cedera disebabkan kemalangan.

“Kerjasama UKM dan Vigilenz Medical Devices diharap meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan rawatan terutama dalam bidang ortopedik,” katanya.

 

Status halal benang jahitan luka

 

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Vigilenz Medical Devices di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini hari ini.

Katanya, keyakinan UKM menjalin kerjasama ini memandangkan syarikat sama bertindak sebagai pengeluar peralatan rawatan iaitu suture atau benang jahitan luka pertama di dunia mendapat pensijilan halal pada 2015.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Vigilenz Medical Devices, Prof Dr Shudipta Choudhury, berkata kerjasama dengan UKM bertujuan mengenalpasti kegunaan implan terutama dalam kes trauma membabitkan kepatahan tulang serta luka bahagian sama.

 

“Implan ortopedik ini dilengkapi salutan bactiguard ialah satu proses yang sudah diguna sejak lebih 20 tahun dan dipatenkan menggunakan tiga jenis logam iaitu emas, paladium (logam perak putih) dan perak.

“Salutan ini menghasilkan arus galvanik bagi mengelak bakteria supaya tidak melekat pada permukaan dan mengurangkan risiko jangkitan kuman.

 

“Lapisan bactiguard sangat nipis dan tidak menjejaskan implan yang disaluti. Inovasi ini membolehkan pihak kami mendapat hak eksklusif menggunakan teknologi salutan bactiguard bagi prosedur implan ortopedik.

“Malah kami banyak melakukan kajian dan bekerjasama dengan peserta industri dalam menghasilkan inovasi rawatan dan perubatan,” katanya.

 

Sumber: https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/10/616199/inovasi-rawatan-ortopedik-elak-jangkitan-kuman

Jumaat; 11 Oktober 2019

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS: DR. NORLIYANA MAZLI

5 Nov 2019

Jabatan Ortopedik & Traumatologi, HCTM,Kampus Kuala Lumpur  mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada DR. NORLIYANA MAZLI, Pakar Bedah Ortopedik (Unit Trauma, Kecederaan Kaki dan Bukulali / Rawatan Kaki Diabetik) yang telah melaporkan diri pada 4 November 2019.

Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Kampus Kuala Lumpur mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas serta bersama sama staff Jabatan  memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada HCTM, PPUKM, Jabatan, Fakulti dan Universiti.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS: DR. PARMINDER SINGH GILL A/L NARIN SINGH & DR. TAN JIN AUN

1 Nov 2019

Jabatan Ortopedik & Traumatologi, HCTM,Kampus Kuala Lumpur  mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Pakar Bedah Ortopedik yang telah melaporkan diri pada 2 Oktober 2019

  1. DR. PARMINDER SINGH GILL A/L NARIN SINGH (Unit Pembedahan Spinal)
  2. DR. TAN JIN AUN (Unit Pembedahan Tangan & Pembedahan Mikro)

Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Kampus Kuala Lumpur mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas serta bersama sama staff Jabatan  memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada HCTM, PPUKM, Jabatan, Fakulti dan Universiti

TAHNIAH diatas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) Negeri Sabah – YBhg. Profesor Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar

30 Oct 2019

Tahniah – Pakar Perunding Bedah Kanan Ortopedik (Spinal)

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Profesor Datuk Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Pakar Perunding Bedah Kanan Ortopedik (Spinal) di atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K) Negeri Sabah yang membawa gelaran `Datuk` pada 22 Oktober 2019 sempena dengan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri pada 5 Oktober 2019 yang lalu.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA UKM DENGAN VIGILENZ MEDICAL DEVICES SDN BHD.

11 Oct 2019


Tarikh: 10 Oktober 2019 [Khamis]
Masa: 11.00 am – 12.00 tengahari
Tempat: Advanced Surgical Skills Centre. PPUKM

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkasakan rangkaian kerjasama dengan industri menerusi kerjasama pintar dengan pengeluar peranti perubatan rawatan ortopedik Vigilenz Medical Devices Sdn Bhd. Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr Raja Affendi Raja Ali, berkata kerjasama dilaksana dalam memperkemas rawatan pembedahan ortopedik bagi mempercepatkan proses penyembuhan tulang patah menggunakan implan atau besi khas. Beliau berkata, inovasi itu memperkasakan prosedur pembedahan selain mengawal luka daripada jangkitan yang sering berlaku dalam kalangan pesakit. Katanya, masalah jangkitan pada tulang boleh merebak ke seluruh badan hingga membawa komplikasi menyebabkan kerosakan kekal hingga menjejaskan fungsi tulang. “Pada permulaan kerjasama ini merangkumi usaha membangunkan peralatan implan ortopedik kalis biofilem pertama di dunia bertujuan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang cedera disebabkan kemalangan. “Kerjasama UKM dan Vigilenz Medical Devices diharap meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan rawatan terutama dalam bidang ortopedik,” katanya.

Status halal benang jahitan luka
Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UKM dan Vigilenz Medical Devices di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini hari ini. Katanya, keyakinan UKM menjalin kerjasama ini memandangkan syarikat sama bertindak sebagai pengeluar peralatan rawatan iaitu suture atau benang jahitan luka pertama di dunia mendapat pensijilan halal pada 2015. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Vigilenz Medical Devices, Prof Dr Shudipta Choudhury, berkata kerjasama dengan UKM bertujuan mengenalpasti kegunaan implan terutama dalam kes trauma membabitkan kepatahan tulang serta luka bahagian sama.

TAHNIAH Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Bajuri menggondol Pingat Emas di INTERNATIONAL CONFERENCE & EXPOSITION ON INVENTIONS BY INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING (PECIPTA19)

26 Sep 2019

Tahniah dan Syabas kepada Prof. Madya Dr.  Mohd Yazid Bajuri dan ahli pasukan kerana berjaya membawa pulang Pingat Emas di INTERNATIONAL CONFERENCE & EXPOSITION ON INVENTIONS BY INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING (PECIPTA19). International Conference and Exposition on Inventions by Institutions of Higher Learning (PECIPTA) adalah program ‘biannual’ yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia  sejak tahun 2001. PECIPTA bertujuan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan inovatif dari institusi pengajian tinggi (IHL ). Juga merupakan program pertandingan berprestij tinggi dengan membawa produk pembelajaran menggunakan ‘Virtual Reality’ sesuai dengan tema ‘Innovation Beyond Imagination’ Dengan membawa produk pembelajaran menggunakan Virtual Reality sesuai dengan tema Innovation Beyond Imagination. Acara: INTERNATIONAL CONFERENCE & EXPOSITION ON INVENTIONS BY INSTITUTIONS OF HIGHER LEARNING (PECIPTA19) Tarikh: 22 – 23 September 2019 Tempat: Dewan Sultan Ibrahim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja Batu Pahat Johor Terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Abdul Wahab dan Pengarah CRIM UKM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail kerana turut hadir memberi sokongan yang padu kepada penyelidik UKM.

 

1ST REGENERATIVE MEDICINE IN MUSCULOSKELETAL DISORDERS SYMPOSIUM AND WORKSHOP

8 Aug 2019

1st Regenerative Medicine in Musculoskeletal Disorders Symposium and Workshop
Date                                       :  21 – 23 October 2019 (Monday – Wednesday)
Venue                                    : Advanced Surgical Skills Centre, PPUKM
Registration Fees           : RM1500.00 (Early Bird before 1st Aug) – [RM1800.00 [Normal Price]
LIMITED SEATS

1ST NATIONAL INTENSIVE COURSE FOR MASTER IN REHABILITATION MEDICINE

8 Aug 2019

1st National Intensive Course for Master in Rehabilitation Medicine

Date                            :  1 – 3 October 2019 (Tuesday – Thursday)

Venue                         : Advanced Surgical Skills Centre

Registration Fees     : RM250.00 (Early Bird before 31st Aug) – [RM350.00 [Normal Price] LIMITED SEATS

Details: Course 1 – 1st National Intensive Course for Master in Rehabilitation Medicine]]>

PENCUCI KHAS RAWATAN LUKA PESAKIT DIABETES

14 Jul 2019

11 Julai 2019, HOSPITAL Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) melalui Fakulti Perubatan (FPER) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjalankan penyelidikan baharu bagi menghasilkan pencuci luka khas yang mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka pesakit.

Kajian pencuci luka khas yang dijalankan bersama Cell Tissue Technology Sdn Bhd itu mempunyai nutrien yang diperlukan badan supaya proses penyembuhan berada pada tahap optimum dengan pengeringan luka seawal tujuh hari. Ketua Unit Trauma dan Kecederaan Kaki, Buku Lali/Rawatan Kaki Diabetes, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi HCTM, Prof Madya Dr Mohd Yazid Bajuri berkata, penyelidikan itu bagi menghasilkan Novel Woundcare Solution yang dapat membunuh bakteria dalam luka pesakit diabetes atau kencing manis.

“Seperti yang kita sedia maklum, untuk penyakit kencing manis, penjagaan kesihatannya bermula dengan pencuci luka yang digunakan. Kita perlukan penjagaan optimum yang boleh mengatasi semua bakteria dan kuman yang ada pada luka itu.

“Sekarang ini pencuci luka yang ada di pasaran khusus kepada bakteria tertentu sahaja. Bakteria itu bercampur (dengan bakteria lain) dan agak sukar bagi melawan bakteria sehingga menyebabkan luka lambat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan antara UKM dengan Cell Tissue Technology Sdn Bhd dan NovaMedika Sdn Bhd, baru-baru ini.

Hadir sama, Dekan Fakulti Perubatan UKM, Prof Dr Raja Affendi Raja Ali dan Pengarah Eksekutif NovaMedika Sdn Bhd, Ismail Ali.

Dr Mohd Yazid memberitahu, bagi mengatasi masalah itu (luka lambat sembuh), Jabatan Ortopedik HCTM mengambil inisiatif membangunkan satu pencuci luka yang mampu mengatasi semua permasalahan berkenaan bersama saintis yang mahir dalam bidang itu.

“Kita mengharapkan kajian ini akan dapat menzahirkan satu pencuci luka mampu melawan semua bakteria dengan harga yang murah.

“Dalam perancangan kami, pencuci luka dengan kandungan 300 mililiter yang mungkin boleh dipakai untuk dua minggu, akan dijual dengan harga kira-kira RM20. Bagi saya, orang ramai berkemampuan untuk mendapatkannya,” katanya.

Beliau berkata, penyelidikan itu akan berlangsung selama satu hingga tiga tahun dan pasukannya kini masih pada peringkat awal iaitu melakukan ujian terhadap beberapa pencuci luka yang ada di pasaran.

“Kami tengok pencuci itu dulu, apa sebenarnya kriteria yang ada untuk melawan bakteria dengan menggunakan kaedah ‘kejuruteraan songsang (berbalik).’ Dari situ, kami dapat melihat cecair lain, bagaimana ia bertindak.

“Kami lihat mana kelemahan yang boleh ditambah baik dan kami bangunkan satu pencuci luka lengkap yang boleh melawan semua bakteria itu,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Cell Tissue Technology Sdn Bhd, Dr Khairul Idzwan Baharin berkata, pihak industri sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan universiti dalam menjalankan penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Untuk kerjasama ini, kita sangat berbesar hati kerana akan menghasilkan sejenis pencuci luka yang murah untuk merawat luka diabetes dan kita tahu masyarakat pun menantikan produk ini.

“Kerjasama ini akan diterjemahkan kepada mutu dan kualiti produk terbabit dan juga harga yang kita boleh tawarkan kepada pasaran nanti.

“Jadi, pada penghujungnya dengan adanya industri dalam kerjasama ini menunjukkan bahawa produk yang akan dihasilkan nanti berunsur dan berteraskan pengkomersialan.

“Kita tidak mahu produk ‘timbang kilo’ menguasai pasaran, sebaliknya kita perlukan produk yang berasaskan bukti, maksudnya produk yang terbukti selamat, berkesan dan berkualiti tinggi,” jelasnya.

Dalam majlis sama, UKM dan NovaMedika turut melancarkan kerjasama membangunkan aplikasi sistem telefon pintar iaitu Web Design bagi memudahkan pengurusan pengedaran ubat-ubatan.

Sistem aplikasi itu adalah sebagai perantara antara jurujual syarikat perubatan, pembekal, pesakit dan pegawai perubatan.

 

Keratan Akhbar Online:

  1. Harian Metro Online: https://www.hmetro.com.my/bestari/2019/07/480515/pencuci-luka-untuk-pesakit-diabetes
  2. Selangor Kini Online: https://selangorkini.my/2019/07/ukm-bakal-hasil-pencuci-luka-khas-diabetes/
  3. UKM News : http://www.ukm.my/news/Latest_News/ukm-bakal-hasilkan-cecair-pencuci-luka-diabetis/

 

 

1 2

Search

+