MAJLIS PERPISAHAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH SERTA SELAMAT MAJU JAYA: AHMAD SUHAIDAN CHE MAMAT

21 Sep 2018

Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mendoakan semoga ENCIK AHMAD SUHAIDAN CHE MAMAT (Penolong Pegawai Perubatan U29, Unit Plaster) sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta, serta terus memberikan khidmat yang cemerlang di tempat dan suasana baru di Hospital UPM, Serdang.

Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mengucapkan Terima kasih selama 6 tahun berkhidmat di Jabatan Ortopedik & Traumatologi, selamat bertugas dan jasamu tetap dikenang.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS: ABDUL AZZIM BIN NAWI (PEMBANTU TADBIR N19)

20 Sep 2018

Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada ABDUL AZZIM BIN NAWI, Pembantu Tadbir (N19) yang telah melaporkan diri pada 18 September 2018 Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas serta bersama sama staff Jabatan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada HCTM, PPUKM, Jabatan, Fakulti dan Universiti.

TAHNIAH PROF MADYA DR. MOHD YAZID BAJURI

18 Sep 2018

PINGAT EMAS
Anugerah khas dari negara German
Anugerah khas dari negara Singapore
di 10th International Exhibition of Inventions and the 3rd World Invention and Innovation Forum yang berlangsung di Foshan, China.

https://www.ifia.com/ifia-members/collaborating-members/iei-wiif/

UCAPAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA: ZAITUL ITHRI ZAMRI – SETIAUSAHA

1 Jun 2018

Terima kasih dan Selamat bertugas di tempat baharu diucapkan kepada PUAN ZAITUL ITHRI ZAMRI, Setiausaha Jabatan Ortopedik setelah berkhidmat dan mencurahkan khidmat yang sangat cemerlang di Jabatan Ortopedik & Traumatologi. Beliau berpindah ke Jabatan Parasitologi, PPUKM pada 21 Mei 2018. Tugas beliau akan dipangku oleh PUAN SYAIDATINA KHADIJAH NORDIN (Pembantu Tadbir).

Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mendoakan semoga PUAN ZAITUL ITHRI ZAMRI sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta, serta terus memberikan khidmat yang cemerlang.

Terima kasih, selamat bertugas dan jasamu tetap dikenang.

PERLANTIKAN KETUA JABATAN ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI, FAKULTI PERUBATAN, HCTM, PPUKM

23 Jan 2018

Tahniah Profesor Madya Dr. Jamari Sapuan diatas perlantikan sebagai Ketua Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan, HCTM, PPUKM untuk tempoh mulai 1 Januari 2018 – 31 Disember 2020. Semoga dengan kepakaran, kewibawaan dan pengalaman yang dimiliki akan membawa Jabatan menghadapi cabaran dan mencapai kejayaan yang cemerlang. TAHNIAH

Search

+