UCAPAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT MAJU JAYA: DR. SHAHARUDDIN ABDUL RHANI (PAKAR PERUNDING ORTOPEDIK SPINAL)

15 Dec 2017

Terima kasih dan Selamat bertugas di tempat baharu diucapkan kepada Dr. Shaharuddin Abdul Rhani (Pakar Perunding Ortopedik Spinal) setelah berkhidmat dan mencurahkan khidmat yang sangat cemerlang di Jabatan Ortopedik & Traumatologi. Beliau menamatkan perkhidmatan di PPUKM pada 14 Ogos 2017 dan kini memulakan tugas di KPJ Selangor Specialist Hospital (Shah Alam)

Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mendoakan semogaDr. Shaharuddin Abdul Rhani sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta, serta terus memberikan khidmat yang cemerlang

Terima kasih, selamat bertugas dan jasamu tetap dikenang.

TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHD YAZID BAJURI YANG TELAH MEMENANGI 3 PINGAT EMAS DI ‘INTERNATIONAL TRADE FAIR IENA 2017, GERMANY’

12 Dec 2017

TAHNIAH PROF. MADYA DR. MOHD YAZID BAJURI YANG TELAH MEMENANGI 3 PINGAT EMAS DI ‘INTERNATIONAL TRADE FAIR IENA 2017, GERMANY’ yang berlangsung di Nuremberg, Germany pada 02 – 05 November 2017.  Acara ini adalah Pameran Khusus Perdagangan yang memperkenalkan Idea, Intervasi dan Produk Baru (“Ideas – Inventions – New Products”) dari pencipta dan pemegang lesen seluruh dunia. Pameran perdagangan antarabangsa ini berlangsung selama 4 hari dan dihadiri oleh pencipta dan pemegang lesen dari seluruh dunia. Lebih daripada 700 ciptaan yang masih menunggu untuk dipasarkan dibentangkan disini.

Pelawat perdagangan dari 44 negara bertemu dengan kira-kira 500 pencipta iENA. Idea terbaik akan dianugerahkan oleh Pakar Juri Antarabangsa. iENA Nuremberg adalah hab antarabangsa untuk penemuan dan idea produk baru. Beliau memenangi pingat Emas untuk 3 inovasi bertajuk; ‘Development of Total Ankle Replacement Digital Templating Software (MyAnkleTM)’, ‘Development of Bone Scaffold Using Rapid Prototyping System Integrated with Tissue Engineered Cells’ dan ‘My Ankle Fixator’.

Beliau menjelaskan bahawa 2 inovasi telah dipaten dan didaftarkan sebagai Harta Intelek (Intellectual property (IP)), iaitu ‘MyAnkleTM’ dan ‘Development of Bone Scaffold Using Rapid Prototyping System Integrated with Tissue Engineered Cells’. Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi perangsang dan cabaran kepada semua untuk mempertingkatkan usaha bagi mencapai kejayaan yang gemilang di masa hadapan.

TAHNIAH KEPADA DIATAS PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN MAHKOTA PAHANG YANG AMAT MULIA – PERINGKAT KEDUA DARJAH INDERA MAHKOTA PAHANG (D.I.M.P.)

8 Aug 2017

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Dr. Mohd Hisam bin Muhamad Ariffin, Pensyarah/Pakar Perunding Kanan Pembedahan Spinal, Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM di atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran “Dato’” pada 27 Julai 2017 sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kdymm Sultan Pahang.

UCAPAN TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU: ZAKARIA AMNAN

7 Jun 2017

Terima kasih dan Selamat bertugas di tempat baharu diucapkan kepada En Zakaria Amnan yang telah dinaikkan pangkat ke Jawatan Pegawai Tadbir N41 (kini menjawat sebagai Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, UKM) setelah berkhidmat dan mencurahkan khidmat yang sangat cemerlang di Jabatan Ortopedik & Traumatologi.

Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mendoakan semoga En Zakaria sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta, serta terus memberikan khidmat yang cemerlang.

Terima kasih, selamat bertugas dan jasamu tetap dikenang.

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS: MOHD HANAFIAH SAMAT (Penolong Pegawai Tadbir N29)

7 Jun 2017

Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada MOHD HANAFIAH BIN SAMAT, Penolong Pegawai Tadbir (U29) yang telah melaporkan diri pada 1 Jun 2017, yang menggantikan ZAKARIA AMNAN (kini PEGAWAI TADBIRN41) yang kini telah menjawat jawatan baru sebagai Pengetua Kolej Tun Dr Ismail.

Jabatan Ortopedik & Traumatologi, PPUKM mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas serta memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi seterusnya dapat menyumbang bakti kepada HCTM, PPUKM, Jabatan, Fakulti dan Universiti.

TAHNIAH PROF MADYA DR. MOHD YAZID BAJURI

5 Jun 2017

Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Bajuri dari Jabatan Ortopedik (Ketua Unit Trauma, Unit Kaki & Bukulali dan Perkhidmatan Jagaan Kaki Diabetik) dan Prof. Madya Dr. Angela Ng Min Hwei dari Pusat Kejuruteraan Tisu kerana memenangi Pingat Emas dalam 45th Salon International Exhibition of Inventions of Geneva dan Anugrah Khas daripada Korean Innovation Promotion Association. Program berlangsung pada 29 Mac hingga 2 April 2017 di Geneva. Tahniah diucapkan.

SYARAHAN PERDANA JABATAN ORTOPEDIK

30 Mar 2017

Jabatan Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Orthopaedic Association (MOA) akan menganjurkan syarahan seperti berikut :

  • Penceramah: Emeritus Professor Shoichi Kokubun, MD, PhD (Research Center for Spine and Spinal Cord Disorders Tohoku University, Sendai, Japan)
  • Tajuk : Pain from Myogelosis: My 11-Year Clinical Study Processes” (diikuti dengan demotrasi teknik dan rawatan)
  • Tempat : Advanced Surgical Skill Centre (ASSC), PPUKM
  • Masa : 10.00Pagi – 12.45 Tengahari
Semua dijemput hadir.
Nota Syarahan:

TAHNIAH – PROFESOR DR. SABARUL AFIAN MOKHTAR

29 Mar 2017

Sekalung Tahniah kepada Prof. Dr. Sabarul Afian Mokhtar (Pensyarah/Pakar Perunding Ortopedik Spinal) diatas perlantikan sebagai Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pusat Perubatan UKM berkuatkuasa mulai 15 Mac 2017 hingga 14 Mac 2020.

Search

+