VISI

Untuk menjadi sebuah jabatan yang cemerlang serta hab akademik perubatan yang terkehadapan dan berdaya saing berteraskan ilmu, inovasi dan pasukan professional perubatan yang berdedikasi dalam membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat dalam perkhidmatan pengurusan pesakit dan latihan perubatan secara menyeluruh.

MISI

Melaksanakan perkhidmatan dengan berlandaskan ciri-ciri Budaya korporat iaitu profesionalisme, khidmat penyayang dan kerja berpasukan untuk memberikan pendidikan dalam professional perubatan dan perkhidmatan bermutu tinggi berteraskan penyelidikan, dalil perubatan, inovasi dan kepekaan sosial.

OBJEKTIF KUALITI JABATAN

KUALITI PERKHIDMATAN

  • Memberikan perkhidmatan Ortopedik dan memastikan perkhidmatan sokongan klinikal; perkhidmatan Unit Plaster (POP) dan perawatan (kejururawatan) yang berkualiti, beretika, selamat dan menyakinkan kepada para pelanggan.
  • Memastikan segala perkhidmatan Ortopedik dilaksanakan dengan menggunakan teknologi maklumat yang terkini, cekap dan kos efektif.
  • Memastikan kakitangan mengikut program latihan yang telah dijadualkan bagi memastikan kakitangan sentiasa kompeten dalam menjalankan tugas.
  • Memastikan segala kemudahan, peralatan dan infrastruktur yang menyokong kepada perawatan pesakit diselenggara dengan sempurna untuk memberikan perkhidmatan Ortopedik yang berkualiti, beretika, selamat dan menyakinkan kepada para pelanggan

 

KUALITI AKADEMIK

  • Memastikan program pengajian akademik dilaksanakan berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia dan mencapai matlamat pendidikan UKM
  • Memupuk budaya kesarjanaan dalam pengajaran dan pembelajaran dan membentuk kurikulum yang berdaya saing peringkat antarabangsa
  • Menyediakan kerangka kurikulum inovatif, wadah wacana ilmiah tentang kurikulum pengajian tinggi
  • Menyediakan wadah penyampaian pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini serta garis panduan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pembelajaran
  • Menyediakan kaedah pembelajaran dan penyeliaan pelajar yang berkesan serta emantapkan kemahiran pengajar/pensyarah yang profesional untuk melaksanakan program pendidikan dan perkembangan akademik

PIAGAM PELANGGAN

Setiap pelanggan akan menerima rawatan yang cekap, penjagaan perubatan yang selamat dan mesra sepanjang masa dengan menjaga kerahsiaan serta keselamatan semua pelanggan demi memenuhi kehendak pelanggan