Kakitangan akademik di Jabatan Orthopedik bertindak sebagai pengajar dan memberi latihan kepada pelajar pasca siswazah dan juga siswazah, selain daripada bergiat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan di Jabatan Orthopedik, mereka terdiri daripada:

  • 3 Profesor
  • 7 Professor Madya
  • 13 pensyarah

Pasca siswazah

Jabatan Orthopedik telah terlibat dengan pengajaran pasca siswazah sejak penubuhannya pada tahun 1975. Sebagai salah satu program sarjana muda perubatan universiti, Jabatan Orthopedik mengadakan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar-pelajar tahun 4 dan 5. Sesi pembelajaran termasuk syarahan, pembentangan kes, dan pengajaran di wad bagi kes-kes ortopedik. Modul-modul pembelajaran sendiri juga dipilih oleh jabatan dan termasuk pendekatan biasa kepada pesakit dengan sakit belakang, sakit bahu, sakit siku dan pergelangan tangan, sakit pinggang, sakit lutut dan sakit di keliling buku lali dan kaki. Pelajar-pelajar sepatutnya dapat mengetahui sejarah, membuat pemeriksaan pada bahagian terbabit, membuat diagnosis dan menyenaraikan diagnosis berlainan, membuat penyiasatan dan menyenaraikan jenis-jenis rawatan di dalam modul. Sebagai sebahagian kurikulum terbaru, pensyarah juga memainkan peranan dalam Modul Belajar Khas, Pembangunan Personal dan Profesional, dan Pembelajaran Kemahiran Klinikal. Jabatan ini juga menawarkan attachment klinikal elektif bagi pelajar-pelajar perubatan dari universiti dalam dan luar negara.

Siswazah

Jabatan Ortopedik merupakan yang pertama di Malaysia untuk memulakan progam Ortopedik siswazah yang bermula pada tahun 1981 untuk menyahut kekurangan pakar bedah ortopedik di dalam negara. Program tersebut telah menjadi terkenal dan siswazah luar negara juga telah mula memasuki program kami. Pelajar-pelajar program ini akan menjalani latihan ortopedik intensif selama 4 tahun yang mengandungi sub-kepakaran dengan dua tahun pertama digunakan untuk mempelajari ortopedik secara amnya dan traumatologi. Mereka juga akan melakukan penyelidikan dan menyiapkan laporan penyelidikan, dan laporan kes sebelum dibenarkan memasuki peperiksaan. Program ortopedik ini merupakan program yang paling dicari dan kini terdapat senarai menunggu bagi pelajar-pelajar sebelum kemasukan ke dalam program ini.

Felo Klinikal

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran perubatan juga menawarkan jawatan felo klinikal untuk jangkamasa dari 3 ke 6 bulan bagi pakar bedah Ortopedik yang berminat dalam latihan di dalam sub-kepakaran.

Kursus

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, juga mengadakan kursus-kursus dari semasa ke semasa merangkumi pelbagai aspek-aspek ortopedik. Jabatan ini juga mengadakan kursus intensif ortopedik setiap tahun pada setiap awal tahun bagi siswazah yang menduduki peperiksaan akhir program Sarjana Ortopedik.