Hari Osteoporosis Sedunia
Osteoporosis ialah penyakit yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Penyakit ini lazimnya tidak menunjukkan gejala sehingga berlaku fraktur atau patah tulang.
Pengesanan awal amat penting bagi supaya rawatan dapat diberikan. Oleh itu, marilah kita tingkatkan kesedaran tentang osteoporosis dan kesihatan tulang bagi mengurangkan risiko komplikasi serta mengekalkan kualiti hidup.
