Majlis Ortho Night 2025, Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan UKM
Majlis Ortho Night 2025, Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan UKM dengan bertemakan Glam in Blue Denim telah diadakan pada 29 November 2025 bertempat di Le Quadri, UCSI Hotel, Kuala Lumpur bagi menghargai pencapaian dan anugerah yang telah diterima oleh kakitangan selain dapat merapatkan hubungan sesama ahli jabatan.
Program ini dipengerusikan oleh Dr. Nik Kamarul Arif Nik Kamrulzaman dan telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Mohamad Abdul Razak selaku Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti, UKM.






