Syarahan Memorial Professor Quazi M. Iqbal Ke-12
Syarahan Memorial Professor Quazi M. Iqbal Ke-12, Jabatan Ortopedik & Traumatologi Fakulti Perubatan UKM telah berlangsung dengan penuh meriah pada 30 Oktober 2025 (Khamis) bertempat di Advanced Surgical Skills Centre, HCTM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Mohamad Abdul Razak selaku Pengerusi Lembaga Pengurusan Universiti, UKM. Syarahan pula telah disampaikan oleh Dr. Hyzan Mohd Yusof, Pakar Perunding Ortopedik, Pusat Perubatan Sunway.
Syarahan Memorial Professor Quazi M. Iqbal ini merupakan syarahan peringatan yang diadakan secara berkala sejak tahun 2009 sebagai penghormatan kepada Pengasas Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, Fakulti Perubatan UKM, Profesor Dr. Quazi M. Iqbal atas sumbangan beliau kepada bidang Kepakaran Pembedahan Ortopedik di peringkat kebangsaan dan antarbangsa.



