Johan Anugerah Usahawan Sosial

6 Oct 2025
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri atas kejayaan dinobatkan sebagai Johan Anugerah Usahawan Sosial sempena Anugerah Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) 2024 yang berlangsung bersempena dengan National Innovation and Commercialisation Expo (NICE) 2025 pada 6 hingga 9 Oktober 2025 di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
Pengiktirafan berprestij ini adalah bukti komitmen dan dedikasi beliau dalam memperkukuh bidang inovasi dan keusahawanan sosial yang memberi impak signifikan kepada masyarakat dan negara. Kejayaan ini turut menjadi pemangkin semangat kepada penyelidik, usahawan, dan inovator tempatan untuk terus mengangkat agenda inovasi dan pengkomersialan di Malaysia ke peringkat global.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian yang amat membanggakan ini.

Search

+