Taklimat Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

29 Sep 2025
Kelestarian Di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran Jabatan Kualiti, HCTM telah diadakan pada 24 Julai 2025 (Khamis) bertempat di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menerapkan kelestarian dan meningkatkan kesedaran di HCTM dalam menangani cabaran-cabaran utama dunia seperti kemiskinan, ketidaksamaan, perubahan iklim serta pemeliharaan alam sekitar. Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari Pusat Strategi UKM, YBrs. Prof. Madya Sr Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Abdul Maulud,Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian).
Pengarah HCTM didalam ucapannya menyeru agar warga HCTM sentiasa bersemangat serta komited dalam menghayati nilai kelestarian dalam setiap tugasan harian dan bersama-sama membina sebuah hospital yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang perubatan, tetapi juga bertanggungjawab terhadap masa depan dan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang.

Search

+