Majlis Menandatangani Perjanjian Penyelidikan UKM-BREGO Life Sciences: Langkah Strategik Inovasi Penjagaan Kaki Diabetes

16 Jul 2025
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Brego Life Sciences Sdn. Bhd. pada 15 Julai 2025 di Dewan Khalid Kadir, Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah melakar satu lagi sejarah penting dengan termeterainya Perjanjian Penyelidikan bernilai RM212,147.50 yang memfokuskan kepada rawatan kaki diabetes iaitu satu isu kesihatan kritikal di Malaysia.
Majlis dimeterai oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Marina Mat Baki, Dekan Fakulti Perubatan UKM, dan Dr. Danny Wong, Pengarah Urusan Brego Life Sciences, serta disaksikan oleh pegawai kanan kedua-dua pihak. Penyelidikan ini diketuai oleh YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri, pakar ortopedik tersohor negara, yang juga Ketua Unit Rawatan Kaki & Buku Lali serta Penjagaan Kaki Diabetes di Fakulti Perubatan UKM dan HCTM.
Projek ini dijangka membawa inovasi baharu dalam teknologi ortopedik dan intervensi rawatan kaki berisiko tinggi, sekali gus meningkatkan kualiti penjagaan pesakit kronik di Malaysia.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBhg. Prof. Madya Dr. Ruslinda Mustafar, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Jaringan, Industri & Masyarakat); YBhg. Prof. Dr. Syahrul Sazliyana Shaharir, Penolong Dekan (Perkhidmatan Klinikal); dan YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd. Helmy Mokhtar, Penolong Dekan (Keusahawanan), bersama pegawai kanan kedua-dua belah pihak, staf akademik serta warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi, Fakulti Perubatan dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri dan pasukan penyelidik atas dedikasi serta usaha memperkukuh kecemerlangan penyelidikan kesihatan negara.

Search

+