Tahniah YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri
Tahniah YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri atas Projek Pengiktirafan GGPP UKM Taraf 6.
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak hadir merasmikan dan menyampaikan Anugerah Pengiktirafan Penyelidik Gegar Gamat Pemacu Perubahan Dan Kumpulan Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bilik Senat, hari ini.
Kehadiran beliau diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Wan kamal Mujani dan Pengarah Pusat IDEA, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal.
Majlis penganugerahan yang dianjurkan oleh Pusat IDEA UKM ini diadakan bagi mengiktiraf projek-projek penyelidikan yang berimpak tinggi.
Pengiktirafan diberikan mengikut Taraf 1 hingga Taraf 6 yang memaparkan aras impak sesuatu projek penyelidikan dan seterusnya memberikan lebih semangat kepada penyelidik bagi mencapai aras yang lebih tinggi dengan impak yang lebih luas.
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad berharap dengan terbentuknya Kumpulan Penyelidikan UKM ini, ekosistem penyelidikan UKM akan bertambah rancak dan aktif dengan pelbagai projek penyelidikan berbentuk translasi ke arah inovasi sosial.
Pada majlis ini, sebanyak lapan Kumpulan Penyelidikan Universiti menerima sijil pengiktirafan penyelidik Gegar Gamat Pemacu Perubahan, manakala 24 lagi memerima sijil penubuhan Kumpulan Penyelidikan Universiti.
