‘STRATEGIC PLANNING 2022’ JABATAN ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI UKM

26 Sep 2022

Pada 22-23 September 2022, bertempat di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor Darul Ehsan, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi UKM, telah mengadakan ‘Strategic Planning’ bagi tahun 2022. Pihak jabatan telah membincangkan perancangan masa depan jangka masa pendek dan panjang jabatan di Fakulti Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM. Sesi hari pertama bermula dengan pembentangan sejarah-sejarah unit-unit di jabatan, iaitu unit kecederaan sukan, spinal, artroplasti, onkologi ortopedik, ortopedik kanak-kanak, tangan, kaki & buku lali, trauma dan rehabilitasi. Sesi diteruskan dengan perancangan masa depan unit-unit.

Sesi hari kedua, pihak jabatan telah menjemput beberapa terhormat dari ahli-ahli pengurusan tertinggi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu;

  1. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia
  2. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti
  3. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HCTM
  4. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Abd Rashid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) HPKK

Dalam sesi pembentangan, pelbagai isu-isu berbangkit telah dibincangkan termasuk hala tuju jabatan, dinamik dalam menjalankan perkhidmatan di hospital dan fakulti di antara kakitangan lantikan fakulti dan hospital, penerbitan di jurnal-jurnal terkemuka, inovasi-inovasi, pengiktirafan sebagai professor, masalah kenaikan pangkat yang tertangguh dan masalah pembayaran gaji yang tertangguh kerana pandemik covid kepada doktor di jabatan.

Search

+