Majlis ‘Jasamu Dikenang’ & Terima Kasih Dr Mohamed Ashraff Mohd Ariff, Majlis IFTAR dan Majlis Kesyukuran Lulus Cemerlang CBO Pelajar Program Doktor Pakar Ortopedik MEI 2019

24 May 2019

Terima kasih dan Selamat bertugas di tempat baharu diucapkan kepada Dr Mohamed Ashraff Mohd Ariff  (PAKAR PERUNDING ORTOPEDIK ARTHROPLASTY & ONCOLOGY) setelah berkhidmat dan mencurahkan khidmat yang sangat cemerlang di Jabatan Ortopedik & Traumatologi. Beliau menamatkan perkhidmatan di PPUKM pada 1 Mei 2019 dan kini memulakan tugas di Hospital Pantai, Kuala Lumpur

  

Seluruh warga Jabatan Ortopedik & Traumatologi mendoakan semogaDr. Shaharuddin Abdul Rhani sentiasa diberi perlindungan dan kesihatan berpanjangan oleh Allah SWT serta dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga tercinta, serta terus memberikan khidmat yang cemerlang

Terima kasih, selamat bertugas dan jasamu tetap dikenang.

 

Majlis IFTAR JABATAN ORTOPEDIK merupakan pengisian program dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan majlis yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk lebih mengeratkan ukhwah dan silaturahim setiap anggota Jabatan Ortopedik bersama ahli keluarga. Majlis Iftar telah berlangsung pada: Tarikh: 23 Mei 2019 [Khamis] Tempat: Perkarangan Jabatan Ortopedik, Tingkat 9   Majlis IFTAR kali ini lebih ISTIMEWA kerana merangkumi 3 tujuan:

  1. Majlis IFTAR tahunan Jabatan Ortopedik
  2. Majlis Kesyukuran Lulus Cemerlang CBO Pelajar Program Doktor Pakar Ortopedik MEI 2019
    • Dr. Hamzah Bin Najid
    • Dr. Ho Way Siong
    • Dr. Lee Sing Huat
    • Dr. Mohamad Hilmi Bin Mohamad Nazarallah
    • Dr. Mohamed Hafizudin Bin Abdullah Sani
    • Dr. Mohd Firdouse Bin Mohd Zulyadaen
    • Dr. Mohd Yusof Bin Mahidin
    • Dr. Mohd Zaim Bin Mohd Rashid
    • Dr. Nur Dini Binti Mohd Yusof
    • Dr. William Hau Wuei Huang
    • Dr. Abdul Rauf Bin Kamarul Zaman [LULUS CBO PART-1]
  3. Majlis Perpisahan dan TERIMA KASIH diatas sumbangan dan jasa khidmat Dr Mohamed Ashraff Mohd Ariff  yang telah bertukar tugas ke sektor swasta

Para Jemputan adalah terdiri daripada Pensyarah, Pelajar Program Doktor Pakar, Anggota dan Staff Jabatan serta ahli keluarga, turut dijemput adalah semua staff Wad Ortopedik. Pelbagai menu yang disajikan untuk berbuka dan menu utama adalah Kambing Bakar. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis ini.

 

Search

+