7th Prof. Quazi M Iqbal Memorial Lecture

8 Jul 2015

Prof Quazi M Iqbal Memorial Lecture’ adalah syarahan peringatan yang telah diadakan pada setiap tahun sejak 2009 sebagai penghormatan kepada Profesor pengasas Jabatan Ortopedik & Traumatologi (PPUKM), Prof. Quazi M. Iqbal yang telah memulakan program latihan kepakaran Ortopedik pada tahun 1981. Pensyarah undangan adalah Dr Chandra Muzaffar yang merupakan presiden International Movement for a Just World (JUST) – sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa berpangkalan di Malaysia, yang bertujuan untuk mengkritik ketidakadilan global dan untuk membangunkan  wawasan alternatif tamadun adil dan ehsan berpandukan nilai-nilai kerohanian dan moral. Beliau juga adalah mantan profesor dan Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya (1997-1999) dan profesor kajian global di Universiti Sains Malaysia (2007-2012).

Butiran program seperti berikut:

  • Tarikh: Rabu, 19 Ogos  2015
  • Tempat: Auditorium PPUKM
  • Program:
    • 0800 – Bacaan doa
    • 0805 – Pengenalan Prof QM Iqbal
    • 0810 – Pengenalan Dr Chandra Muzaffar
    • 0815 – Syarahan bertajuk – Is Unity In Diversity Possible At All?
    • 0845 – Soal Jawab

Dengan segala hormatnya kami menjemput untuk  menghadiri syarahan peringatan ini. RSVP kepada saudara Zakaria melalui email: z_amnan@ppukm.ukm.edu.my atau SMS 0126251165 sebelum 14 Ogos 2015.

Search

+