{"id":1765,"date":"2019-11-25T15:30:23","date_gmt":"2019-11-25T07:30:23","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/?page_id=1765"},"modified":"2019-11-25T15:30:23","modified_gmt":"2019-11-25T07:30:23","slug":"mata-kuyu-boleh-menjadi-mata-malas-dalam-kalangan-kanak-kanak","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/mata-kuyu-boleh-menjadi-mata-malas-dalam-kalangan-kanak-kanak\/","title":{"rendered":"Mata Kuyu Boleh Menjadi Mata Malas Dalam Kalangan Kanak-Kanak?"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify;\"><em>Othmaliza Othman<sup>1<\/sup>, Mohamad Salehuddin Md Saad<sup>3<\/sup>, Ainal Adlin Naffi<sup>2<\/sup>, Wan Haslina Wan Abdul Halim<sup>1<\/sup>, Safinaz Md Khialdin<sup>1<\/sup>, Norshamsiah Md Din<sup>1<\/sup><\/em><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><sup>1<\/sup>Pakar Perunding Mata, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan UKM, <sup>2<\/sup>Pakar Mata, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan UKM, <sup>3<\/sup>Pembantu Penyelidik, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan UKM<\/p>\n<p style=\"text-align: center;\"><em>Tarikh terbit: 25 November 2019<\/em><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>APA ITU MATA KUYU (PTOSIS)?<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mata kuyu ialah keadaan di mana kelopak mata atas jatuh atau turun sedikit berbanding keadaan biasa atau normal. Dalam bahasa perubatan, keadaan mata kuyu ini dipanggil sebagai \u201c<em>ptosis<\/em>\u201d (sebutan : \u201ctoe-sis\u201d ). Mata kuyu boleh berlaku pada sebelah atau kedua-dua belah mata, dan juga boleh terjadi semenjak kelahiran \u00a0atau juga dikenali sebagai kongenital (<em>congenital ptosis<\/em>) , ataupun selepas lahir (<em>acquired ptosis<\/em>).<\/p>\n<div id=\"attachment_1772\" style=\"width: 372px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1772\" class=\"wp-image-1772 size-full\" src=\"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/gambar-1.jpg\" alt=\"\" width=\"362\" height=\"116\" \/><p id=\"caption-attachment-1772\" class=\"wp-caption-text\">Gambar 1. Mata Kuyu (ptosis)<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: justify;\">Keadaan\u00a0 mata kuyu ini boleh menghalang penglihatan (<em>visual axis<\/em>) kanak-kanak dan seterusnya akan menyebabkan mata malas. Selain itu, kanak-kanak tersebut juga akan selalu mengangkat kepala atau postur dagu ke atas <em>(chin-up)<\/em> agar dapat melihat dengan lebih baik. Keadaan tersebut boleh menyebabkan ketakseimbangan pada postur badan sehingga melewatkan perkembangan terutamanya dari segi berjalan. Sekiranya berlarutan, kepala mereka boleh \u00a0menjadi senget atau teleng (<em>torticollis ocular<\/em>).<\/p>\n<div id=\"attachment_1771\" style=\"width: 198px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1771\" class=\"wp-image-1771 size-full\" src=\"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/gambar-2.jpg\" alt=\"\" width=\"188\" height=\"221\" \/><p id=\"caption-attachment-1771\" class=\"wp-caption-text\">Gambar 2. Keadaan postur kepala senget\/ teleng (tortikolis ocular)<\/p><\/div>\n<h6 style=\"text-align: right;\"><em>Sumber gambar : Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia.<\/em><\/h6>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>APA PULA ITU MATA MALAS (AMBLIOPIA)?<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mata malas (amblyopia) merujuk kepada gangguan penglihatan pada mata yang kelihatan normal strukturnya. Ia boleh berlaku pada sebelah atau pada kedua-kedua belah mata. Apabila mata tidak dapat menerima ransangan penglihatan yang baik, stimulasi penglihatan melalui saraf mata ke otak tiadk boleh berlaku.Jadi bagi kanak-kanak yang mengalami mata malas, terdapat gangguan dalam pemprosesan imej oleh pusat penglihatan di otak. Ambliopa berlaku jika gangguan rangsangan visual ini terjadi pada peringkat umur awak kanak-kanak.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam kajian yang dibuat oleh Rokiah Omar, di Sitiawan, Perak pada tahun 2009, di kalangan 479 orang \u00a0kanak-kanak\u00a0 prasekolah, mata malas ialah masalah penglihatan kedua tertinggi\u00a0 (1.0%) selepas masalah refraksi (4.8%).<\/p>\n<div id=\"attachment_1770\" style=\"width: 466px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1770\" class=\"wp-image-1770 size-full\" src=\"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/gambar-3.jpg\" alt=\"\" width=\"456\" height=\"547\" \/><p id=\"caption-attachment-1770\" class=\"wp-caption-text\">Gambar 3. Gambar atas ialah pandangan kabur untuk mata ambliopia dan gambar bawah ialah untuk mata normal.<\/p><\/div>\n<h6 style=\"text-align: right;\"><em>Sumber gambar : Portal Myhealth. Kementerian Kesihatan Malaysia<\/em><\/h6>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>MATA KUYU AKAN MENYEBABKAN MATA AMBLIOPIA?<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kelopak mata kuyu adalah salah satu keadaan yang boleh menghalang ransangan visual kanak-kanak dan menyebabakan amblyopia. Dalam satu kajian kohort yang dibuat oleh Griepentrog pada 2013 daripada Minnesota, Amerika Syarikat merumuskan bahawa 1 daripada 7 kanak-kanak yang mengalami mata kuyu didiagnos dengan ambliopia. Jumlah ini agak membimbangkan kerana kemungkinan untuk mendapat ambliopia ialah sangat tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami mata ptosis. Jika mata ambliopia ini tidak dirawat puncanya di peringkat awal, mata berpenyakit itu boleh menjadi kabur seumur hidup .<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga adalah penting untuk mengenal pasti keadaan mata ptosis atau mata yang tidak normal seawal mungkin untuk dibawa berjumpa dengan doktor untuk tindakan \u00a0selanjutnya.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>APAKAH RAWATAN UNTUK MATA KUYU DAN MATA AMBLIOPIA?<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Mata ptosis memerlukan pemeriksaan doktor mata untuk menentukan sama ada kelopak mata yang jatuh itu menghalang penglihatan atau tidak. \u00a0\u00a0Komplikasi lain seperti keadaan postur kepala tidak betul dan amblyopia juga perlu dikenal pasti.<\/p>\n<p>Jika ptosis tidak mengganggu penglihatan,doktor akan melakukan pemantauan dari masa ke masa untuk memastikan keadaan tersebut tidak berlanjutan atau semakin teruk. Walaubagaimanapun, jika sudah terdapat komplikasi pada mata ptosis seperti ambliopia, maka pembedahan mata untuk memperbaiki mata ptosis perludijalankan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada kebanyakan kes, intervensi awal untuk mata kuyu dapat mengurangkan risiko ambliopia dan dapat mengembalikan penglihatan yang normal.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Selain menjalani pembedahan untuk mengangkat kelopak mata, kanak-kanak yang mengalami ambliopia juga perlu menjalani rawatan \u2018patching\u2019. Ia adalah satu rawatan yang menggunakan alat khas untukmenutup mata yang normal selama 2-6 jam sehari. Ini akan melatih kembali otak memproses imej yang diterima dari mata ambliopia dan seterusnya meningkat kedayaupayaan mata ambliopia untuk melihat semula dengan normal.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<div id=\"attachment_1769\" style=\"width: 1034px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1769\" class=\"wp-image-1769 size-large\" src=\"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/gambar-4-1024x620.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"620\" \/><p id=\"caption-attachment-1769\" class=\"wp-caption-text\">Gambar 4.Rawatan \u2018patching\u2019 dengan menutup mata yang normal<\/p><\/div>\n<h6 style=\"text-align: right;\">Sumber gambar : Portal Myhealth. Kementerian Kesihatan Malaysia.<\/h6>\n<div id=\"attachment_1768\" style=\"width: 702px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1768\" class=\"wp-image-1768 size-full\" src=\"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/gambar-5.jpg\" alt=\"\" width=\"692\" height=\"654\" \/><p id=\"caption-attachment-1768\" class=\"wp-caption-text\">Gambar 5. Pembedahan untuk merawat mata kuyu<\/p><\/div>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<div id=\"attachment_1767\" style=\"width: 553px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1767\" class=\"wp-image-1767\" src=\"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/gambar-6a.jpg\" alt=\"\" width=\"543\" height=\"174\" \/><p id=\"caption-attachment-1767\" class=\"wp-caption-text\">Sebelum pembedahan<\/p><\/div>\n<div id=\"attachment_1766\" style=\"width: 551px\" class=\"wp-caption aligncenter\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" aria-describedby=\"caption-attachment-1766\" class=\"wp-image-1766 size-full\" src=\"http:\/\/www.ppukm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/gambar-6b.jpg\" alt=\"\" width=\"541\" height=\"205\" \/><p id=\"caption-attachment-1766\" class=\"wp-caption-text\">Selepas pembedahan<\/p><\/div>\n<p style=\"text-align: center;\">Gambar 6. Gambar sebelum (A) dan selepas pembedahan (B) pesakit yang mengalami mata kuyu.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pemeriksaan ketajaman visual (visual acuity) akan dibuat secara berkala semasa rawatan ini dijalankan untuk melihat perubahan mata ambliopia tersebut.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong><u>KESIMPULAN<\/u><\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak harus mengenal pasti keadaan mata kuyu seawalnya agar komplikasi mata malas tidak berlaku. Ibu bapa juga harus membawa kanak-kanak tersebut berjumpa dengan doktor mata untuk pemeriksaan dan rawatan berkala. Rawatan mata malas ini perlu diberi diperingkat awal usia kanak-kanak.\u00a0 Cegahlah mata malas sebelum terlambat.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<h6><\/h6>\n<h5 style=\"text-align: justify;\"><em>RUJUKAN.<\/em><\/h5>\n<ol style=\"text-align: justify;\">\n<li>\n<h5><em>Rokiah O, Durratul AH, Victor FK, (2009), Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan, Perak, Malaysia. Sains Malaysiana 38 (6)(2009), 959-964<\/em><\/h5>\n<\/li>\n<li>\n<h5><em>Griepentrog, G. J., Diehl, N., &amp; Mohney, B. G. (2013). Amblyopia in childhood eyelid ptosis. American journal of ophthalmology,\u00a0155(6), 1125\u20131128.<\/em><\/h5>\n<\/li>\n<li>\n<h5><em>Portal MyHealth. Kementerian Kesihatan Malaysia. <a href=\"http:\/\/www.myhealth.gov.my\/kabur-penglihatan-di-kalangan-kanak-kanak\/\">http:\/\/www.myhealth.gov.my\/kabur-penglihatan-di-kalangan-kanak-kanak\/<\/a> dilihat 15 okt 2019.<\/em><\/h5>\n<\/li>\n<li>\n<h5><em>Portal MyHealth, Kementerian Kesihatan Malaysia. <a href=\"http:\/\/www.myhealth.gov.my\/mata-malas-ambliopia\/\">http:\/\/www.myhealth.gov.my\/mata-malas-ambliopia\/<\/a>, dilihat 15 okt 2019.<\/em><\/h5>\n<\/li>\n<\/ol>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Othmaliza Othman1, Mohamad Salehuddin Md Saad3, Ainal Adlin Naffi2, Wan Haslina Wan Abdul Halim1, Safinaz Md Khialdin1, Norshamsiah Md Din1 1Pakar Perunding Mata, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan UKM, 2Pakar Mata, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan UKM, 3Pembantu Penyelidik, Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan UKM Tarikh terbit: 25 November 2019 &nbsp; APA ITU MATA KUYU (PTOSIS)? Mata kuyu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1768,"parent":0,"menu_order":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","template":"","meta":{"footnotes":""},"class_list":["post-1765","page","type-page","status-publish","has-post-thumbnail","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1765","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1765"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1765\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/hctm.ukm.my\/oftalmologi\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1765"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}