Visi
Ke arah menjadi Pusat Mata terunggul di Malaysia dari segi penjagaan pesakit, pengajaran dan penyelidikan
Misi
- Kami komited kea arah membangunkan Jabatan Oftalmologi menjadi Pusat Kecemerlangan Oftalmologi di dalam penjagaan pesakit melalui kemahiran serta kelengkapan alatan cangih yang terkini.
- Kami berusaha untuk menjadi pusat latihan terunggul bagi pra-siswazah, siswazah serta latihan kepakaran tertinggi di dalam bidang klinikal dan Sains Oftalmologi.
- Kami bercita-cita untuk menjadi pusat yang terkehadapan di dalam bidang sains visual dan penyelidikan oftalmologi klinikal.
Objektif
A. Penjagaan Pesakit
- Untuk mewujudkan suatu Pusat Rawatan Mata yang terunggul di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta penggunaan rawatan berdasarkan bukti yang paling terkini.
- Untuk membangunkan jabatan menjadi pusat rujukan sub-bidang dalam penjagaan mata di Malaysia serta rantau sekitarnya
B. Pengajaran
- Untuk menguatkan pencapaian kami sebagai institusi pertama yang menawarlan program sarjana untuk siswazah.
- Untuk mencukupkan kelengkapan Jabatan/ Pusat Rawatan Mata dari segi peralatan dan kakitangan supaya menjadi Pusat Latihan Oftalmologi pilihan bagi pra-siswazah dan siswazah.
- Untuk menjadi pusat latihan pilihan kepakaran tertinggi untuk pakar-pakar oftalmologi terlatih dengan menjadi pusat rujukan bagi negara dan kawasan serantau.
C. Penyelidikan
- Untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan inovasi dan penyelidikan serta menggalakkan penggunaan pengetahuan tersebut di dalam praktis klinikal.
- Untuk menyediakan kakitangan dan fizikal bagi kegunaan penyelidikan asas dan saintifik.
- Untuk bekerjasama dengan para saintis, pakar klinikal serta syarikat farmaseutikal di dalam semua segi sama ada saintifik atau penyelidikan yang berkaitan dengan bidang oftalmologi.
- Untuk menggalakkan secara aktif penerbitan kertas-kertas saintifik di dalam jurnal dan juga persidangan oleh siswazah dan juga pensyarah dengan bantuan pakar ilustrasi, multimedia dan juga teleperubatan.
