TEMANita – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016.

26 Mac 2016

 

Program TEMANita adalah satu program kemasyarakatan khas untuk pesakit barah payudara yang dianjurkan oleh Bahagian Surgeri Rekonstruktif Payudara di bawah Unit Surgeri Payudara & Endokrin, Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM.

Program akan dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni, UKM dan merangkap sebagai Penaung kumpulan TEMAN. Objektif utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat semasa berkaitan penyakit barah payudara dan pesakit dapat memahami apakah sebenarnya penyakit barah payudara. Di samping itu, program ini diharap dapat mengeratkan silaturahim antara para pakar payudara, pakar radiologi, ahli pemakanan (dietitian), ahli fisioterapi dan para jururawat yang terlatih. Sepanjang program berlangsung, pihak penganjur telah menyusun slot-slot ceramah dari pakar payudara, ahli psikiatri, ahli pemakanan (dietitan) dan jururawat terlatih khusus memfokuskan kepada cara penjagaan payudara. Program ini juga bertujuan untuk meraikan para pesakit bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016.

Selain para pesakit yang diraikan, pesakit juga akan membawa ahli keluarga masing-masing. Semasa sesi ceramah, pihak penganjur menarik perhatian anak-anak pesakit dengan pertandingan mewarna. Kanak-kanak juga akan dihiburkan dengan badut dari Association Of Clowns Malaysia (Acm).

Search

+