TAHNIAH – Professor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali

10 Aug 2016

Tahniah kepada Professor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali, Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan yang telah dilantik sebangai ahli Lembaga Kelayakan Perubatan oleh Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam. Lantikan beliau adalah selama dua tahun, dari 14 Februari 2016 hingga 14 Februari 2018.

Lembaga Kelayakan Perubatan telah ditubuh mengikut Akta Perubatan 1971 untuk memastikan pengamal perubatan layak dan selamat untuk menjalankan tugas-tugas merawat dan mengubati pesakit-pesakit di negara kita. Professor Madya Dr. Raja Affendi Raja Ali telah memegang peranan yang aktif dalam urusan berkenaan pembangunan dan kebajikan pegawai perubatan siswazah sejak kembali ke tanahair. Beliau merupakan penulis utama buku, “I Am A Houseman: a Guide to Housemanship in Malaysia”. Buku tersebut adalah satu-satunya buku di pasaran yang menerangkan cara-cara mengatasi rintangan semasa menjalankan tugas sebagai pegawai perubatan siswazah. Beliau memegang peranan aktif dalam pembangunan dan pemantauan pegawai-pegawai perubatan prasiswazah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) supaya mereka dapat memberikan rawatan berkualiti kepada pesakit-pesakit.

Perlantikan Professor Madya Dr. Raja Affendi dalam Lembaga Kelayakan Perubatan membuktikan bahawa penglibatan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah penting untuk memastikan pengamal perubatan dapat memberikan perkhidmatan dan rawatan yang berkualiti dan berpiawaiian kepada rakyat Malaysia.

Tahniah dan syabas diucapkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast