Tahniah – PPUKM Ungguli Kejohanan Badminton Antara Hospital-hospital Lembah Klang 2016

27 Apr 2016

Pasukan PPUKM A telah menjuarai Kejohanan Badminton Antara Hospital Lembah Klang 2016 yang berlangsung di Avengers Sports Arena, Pandan Perdana pada 24 April 2016 lalu setelah menewaskan Pasukan Hospital Selayang.

Turut mengikuti langkah cemerlang PPUKM A ialah PPUKM B yang berjaya meraih tempat ketiga bersama Hospital Kuala Lumpur. Kejohanan yang julung julung kali diadakan ini, telah disertai oleh 16 pasukan daripada hospital hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang termasuk pasukan jemputan iaitu Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Turut sama hadir ialah Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat)  dan Prof. Dato’ Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi, Timbalan Dekan (Siswazah dan Hubungan Antarabangsa) Fakulti Perubatan.  Syabas diucapkan kepada pasukan PPUKM

Majulah Sukan untuk Universiti dan Negara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast