Sumbangan Zakat dan Duit Raya JKM 2015

13 Jul 2015

9 Julai 2015 (KHAMIS) –  Meraikan bulan Ramadhan yang penuh barakah, pelbagai pihak membuat berbagai aktiviti kemasyarakatan dan keinsanan seperti gotong-royong, majlis iftar, singgah sahur dan seumpamanya. Tidak ketinggalan Jabatan Kesihatan Masyarakat Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM (JKM) yang mengambil peluang beramal dengan menyampaikan sumbangan zakat simpanan serta duit raya kepada anak-anak yatim, mualaf dan pelajar-pelajar miskin.

Bertempat di Foyer Lobi Bangunan Pra-klinikal PPUKM, program yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan JKM (KESUKE) ini bertujuan meraikan golongan kurang berkemampuan agar mereka turut sama merasai kemeriahan bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma.

Seramai 31 orang kanak-kanak dan pelajar sekolah menerima sumbangan zakat dan duit raya dalam majlis tersebut yang terdiri dari pelajar sekolah dan mualaf sekitar Cheras serta anak-anak bekas kakitangan PPUKM yang telah meninggal dunia. Selain itu, JKM juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kewangan khas kepada anak-anak yatim piatu 14 beradik dari Klang dan keluarga Allahyarham Othman Hassan, bekas kakitangan JKM.

Kira-kira 120 orang hadir dalam majlis tersebut. Semua sumbangan disampaikan oleh Profesor Dr. Mohd Rizal Abdul Manaf, Ketua Jabatan Kesihatan Masyarakat HCTM PPUKM.

 

Oleh: Rodzaini Sabran, Jabatan Kesihatan Masyarakat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast