SEMINAR AKTIVITI FIZIKAL : BERSENAM UNTUK KESIHATAN ANDA

29 Apr 2016

Dengan azam untuk memangkin amalan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di negara ini, Jabatan Kesihatan Masyarakat telah mengambil inisiatif berkolaborasi bersama Jabatan Maklumat Kesihatan dan Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Pusat Perubatan UKM dalam menganjurkan Seminar Aktiviti Fizikal: Bersenam Untuk Kesihatan Anda pada 23 April 2016.

Clinical Practice Guidelines Malaysia telah menggariskan secara spesifik bagaimana senaman merupakan salah satu kaedah rawatan yang berkesan menangani penyakit-penyakit seperti diabetes, obesity, hypertension, penyakit jantung, hypercholesterolemia dan stress, kata Profesor Dr. Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM dalam ucapan perasmian beliau.

Sehubungan dengan itu, mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat terutama melalui peningkatan aktiviti fizikal dengan mengamalkan kaedah dan dos senaman yang betul adalah penting bagi memperbaiki tahap kesihatan, katanya lagi. Julung kali diadakan, seminar ini telah berjaya menarik kira-kira 250 penyertaan orang awam dari pelbagai peringkat umur dan kumpulan termasuk yang datang dari Melaka dan Perak selain penduduk sekitar Cheras dan Putrajaya.

Seminar setengah hari ini membariskan beberapa orang penceramah yang dikenali aktif mengamalkan aktiviti fizikal dan sukan lasak seperti sukan berkuda, maraton, ironman, aktiviti berbasikal dan mendaki gunung. Disamping ceramah dan sesi perkongsian pengalaman, aktiviti zumba turut diadakan selain pelancaran Makmal Kesihatan dan Kecergasan Fizikal Jabatan Kesihatan masyarakat. Terletak di Tingkat 6 Bangunan Pra-Klinikal Pusat Perubatan UKM, makmal ini akan dijadikan pusat aktiviti dan penyediaan modul kecergasan kepada klien Jabatan Kesihatan Masyarakat. Slide ceramah berkaitan boleh diakses melalui Facebook Seminar Aktiviti Fizikal.

Oleh : Rod Sabran

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast