Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015

2 Apr 2015

Hari Buah Pinggang Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan buah pinggang untuk kesihatan kita secara keseluruhan dan untuk mengurangkan kekerapan dan kesan penyakit buah pinggang serta masalah kesihatan yang berkaitan.

Pada 1 April 2015, Unit Nefrologi Jabatan Perubatan mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2015 untuk memberi pendedahan kepentingan buah pinggang kepada pelawat and orang awam yang hadir. Majlis Sambutan Hari Buah Pinggang yang diadakan di Lobi Utama PPUKM telah dihadiri oleh kakitangan PPUKM, orang awam dan pesakit yang mendapatkan rawatan. Ucapan perasmian disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Jaafar Md Zain selaku wakil Dekan Fakulti dan Pengarah PPUKM.

Antara program yang dianjurkan sempena sambutan tersebut ialah  pemeriksaan tekanan darah and gula percuma, perkongsian pengalaman pesakit buah pinggang, khidmat runding doktor dan pakar buah pinggang. Sambutan yang bertemakan “ Hari Buah Pinggang Sedunia 2015”,   air botol mineral percuma akan diagihkan kepada 100 peserta pertama yang mendaftar.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast