PROGRAM – Temuduga Ijazah Doktor Perubatan berjalan lancar

7 Jun 2017

CHERAS, 6 Jun 2017- Program Temuduga Ijazah Doktor Perubatan telah bermula pada hari ini bertempat di Tingkat 4-5, Pra-Klinikal PPUKM.  Temuduga dijalankan selama 3 hari sehingga Khamis dengan tujuan mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan sesuai untuk mengikuti Program Ijazah Doktor Perubatan sesi 2017. Seramai 753 orang pelajar lepasan matrikulasi, STPM, diploma atau setaraf, A-Level, dan Asasi Pintar UKM yang terpilih telah dipanggil untuk menghadiri temuduga ini.

Calon akan dinilai daripada pelbagai sudut oleh panel temuduga yang terdiri daripada pensyarah UKM. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM. Beliau sempat berjumpa dengan penal-penal penemuduga dan urusetia program serta turut meluangkan masa bersama beberapa calon dan memberikan kata-kata semangat  sebelum sesi temuduga dijalankan. Hadir sama dalam program ialah Prof. Dr. Roslina Abd. Manap Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni) dan Prof. Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan).

Ibubapa pelajar yang hadir telah dibawa melihat persekitaran, kemudahan, dan perpustakaan perubatan dalam bangunan yang sama. Pusat Kembangan Pendidikan UKM juga hadir sepanjang aktiviti dijalankan untuk mempromosi program perubatan UKM-Universiti Padjajaran. Pada masa yang sama temuduga program Sarjana Muda Kejururawatan turut diadakan di Tingkat 5, Jabatan Kejururawatan Blok Pendidikan PPUKM.  Seramai 85 orang calon yang layak telah menghadiri temuduga berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast