PROGRAM – SEMINAR ISU KESIHATAN WANITA “WANITA: SENYUMAN DALAM TANGISAN”

13 Jan 2017

Kuala Lumpur, 12 Januari 2017- Pelajar Siswazah Program Sarjana Kejururawatan Sesi 2016/2017 Fakulti Perubatan UKM dibawah naungan Jabatan Kejururawatan telah menganjurkan Seminar Isu Kesihatan Wanita Bertajuk Wanita: Senyuman Dalam Tangisan pada 12 Januari 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang bertempat di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz Pusat Perubatan UKM (HCTM, PPUKM) dihadiri kira-kira 300 orang warga jururawat daripada pelbagai hospital dalam negara telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM, PPUKM.

Seminar yang mendapat sambutan ramai bertujuan memenuhi salah satu modul iaitu FFMN 6413 Women’s Health Issues dengan objektif memberikan maklumat tentang pengendalian tajuk-tajuk wanita dari segi sosial, agama dan undang-undang serta membentangkan tajuk-tajuk isu sosial menyelubungi wanita dan cadangan pelan tindakan untuk meningkatkan status kesihatan wanita yang dipengaruhi oleh masalah sosial masa kini. Wanita yang sihat boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada keluarga dan masyarakat. Peningkatan taraf kesihatan wanita mencerminkan kemajuan pembangunan.

Tiba masanya untuk masyarakat sendiri khususnya wanita mengambil tanggungjawab yang lebih dalam mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip asas penjagaan kesihatan seperti yang dihasratkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam matlamat ‘Kesihatan Untuk Semua’ dan yang telah disokong oleh Persidangan Wanita Antarabangsa dalam Dekad Wanita.

Oleh : Norhayati Md Raji

Foto Jabatan Perhubungan Awam HCTM,PPUKM

Untitled-2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast