PROGRAM – Majlis Pelancaran Mesin Air Mini Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) terkecil di dunia

8 Dec 2017

Majlis Pelancaran Mesin Air Mini Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) terkecil di dunia telah diadakan pada 7 Disember 2017, jam 10.00 pagi bertempat di Lobi Utama HCTM PPUKM. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Otorinolaringologi dengan kerjasama EASMED Sdn. Bhd.

Mesin rawatan penyakit Sindrom Tidur Berapnea atau Obstructive Sleep Apnoea (OSA) yang terkecil di dunia diperkenalkan buat pertama kali kepada rakyat Malaysia di Pusat Perubatan UKM. Sebelum ini, alat AIR MINI CPAP yang sedia ada di pasaran adalah bersaiz besar dan sukar dibawa serta dikendalikan oleh pesakit yang kerap mengembara terutamanya dalam penerbangan.

Majlis telah dirasmikan oleh wakil pengarah HCTM PPUKM, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Nasrun Shuid, Timbalan Dekan(Siswazah dan Hubungan Antarabangsa). Ceramah mengenai penyakit Sindrom Tidur Berapnea yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Abdullah Sani bin Mohamed¬† dan pengenalan alat AIR MINI CPAP oleh wakil EASMED turut diselitkan dalam majlis ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast