PROGRAM – Program Komuniti UKM dan EPIC di perkampungan orang asli Kelantan

30 Sep 2016

Kelantan, 24 September 2016 – Program Komuniti UKM-EPIC anjuran UCTC UKM dan EPIC telah diadakan di Perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang Kelantan selama 3 hari bermula 24-26 September 2016.

Antara aktiviti yang diaturkan ialah saringan kesihatan, sukaneka dan pertandingan bola sepak bersama orang asli, kenduri makan malam bersama orang asli, saringan kesihatan mata dan penyerahan sumbangan pakaian dan keperluan harian kepada penduduk kampung Tembaga dan Pos Gob.

Seramai 10 orang kakitangan PPUKM telah menyertai program ini untuk menjayakan program saringan kesihatan di perkampungan orang asli. Aktiviti saringan diselaraskan oleh HEJIM PPUKM dengan mendapatkan doktor, jururawat, kakitangan sokongan dan ubat-ubatan. Hampir 100 orang asli menjalani saringan kesihatan ini dan kebanyakkan mereka mempunyai masalah darah tinggi, selsema dan demam.

Objektif program diadakan dengan bertujuan untuk memberi perkhidmatan kesihatan, merapatkan hubungan silaturrahim dengan penduduk orang asli di sekitar Pos Gob, mengenali dengan lebih dekat kehidupan komuniti setempat, mendengar sendiri pemasalahan yang dihadapi olah masyarakat disana dan memberikan sumbangan pakaian dan makanan.Melalui lawatan dengan lebih dekat ini juga, UKM mengenalpasti modul pendidikan holistik untuk kanak-kanak prasekolah org asli yang boleh digunakan di masa depan. Modul pendidikan ini akan dilihat oleh oleh Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan kerjasama masyarakat kampung orang asli serta Sek. Keb. Tohoi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast