PROGRAM: 12th Postgraduate Forum On Health System And Policy

5 Jul 2018

CHERAS, 2 Julai 2018 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Kampus Kuala Lumpur berjaya menghimpunkan  hampir 100 orang peserta dari Malaysia, Thailand dan Filipina bagi menghadiri program 12th Postgraduate Forum On Health System and Policy anjuran Pusat Antarabangsa Casemix dan Pengekodan Klinikal dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Masyarakat, Jabatan Perubatan Keluarga, Prince Songkla University, Universitas Gadjah Mada dan Malaysian Health Economic Association (MAHEA).  Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, wakil Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur di Auditorium HCTM.

Bertemakan Using Big Data For Health Policy And Management, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid  dalam ucapan memberitahu forum yang diadakan pada hari ini digunakan sebaik mungkin oleh para peserta untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam penggunaan Big Data dari segi polisi kesihatan dan pengurusan. Menurut beliau, Penggunaan Big Data dalam sektor kesihatan digunakan dalam sistem maklumat seperti Electronic Medical Records (EMR), Total Hospital Information System (THIS), dan Casemix DataCasemix Data merupakan salah satu sumber Big Data dalam industri kesihatan. Ia merupakan sistem  klasifikasi pesakit yang mengklasifikasikan pesakit dengan ciri klinikal yang sama ke dalam satu kumpulan kos homogen.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Prof. Dato’ Dr. Syed Mohammed Aljunid, Pengerusi Jawatankuasa 12th Postgraduate Forum On Health Systems And Policies, Timbalan Dekan,  penceramah jemputan dan panel forum seperti Prof. Virasakdi Chongsuvivatwong (Thailand),  Dr. Lutfan Lazuardi (Indonesia) dan Prof. Dr. Supasit Pannarunothai (Thailand), dan Prof. Dr. Laksono Trisnantoro (Indonesia). Forum yang dijalankan selama dua hari memberikan maklumat yang padat dan bermanfaat untuk peserta yang hadir. Selain itu, pertandingan poster dan persembahan oral juga turut diadakan dengan jumlah penyertaan sebanyak 59.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast