Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

8 Apr 2015

Kepada pelanggan yang dihargai…

Pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)

Ketika pengumuman Bajet 2014, Kerajaan telah mengesahkan pelaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) di Malaysia bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang digunakan ketika ini. Mengikut Akta Cukai Barangan & Perkhidmatan 2014 (Akta GST 2014), di mana cukai ini akan mula berkuatkuasa pada 1 April 2015 dengan kadar 6%.

Seperti yang diketahui umum, GSt merupakan cukai pengunaan barangan & perkhidmatan yang akan ditanggung oleh pengguna. Cukai ini hanya boleh dikenakan kepada perniagaan yang telah mendaftar untuk GST di Malaysia. PPUKM juga tertakluk sebagai salah satu organisasi yang didaftarkan di bawah GST, di mana kami perlu melaksanakan cukai baru ini bermula 1 April 2015.

Ini juga bermakna PPUKM akan mengenakan GST terhadap semua perkhidmatan perawatan pesakit yang diberikan melalui invois cukai mengandungi kadar cukai GSt tertentu. Selaras dengan peruntukan Akta GST 2014, secara umumnya, sebahagian besar daripada perkhidmatan kami adalah tertakluk kepada GST pada kadar 6%.

Kenapa PPUKM mengenakan GST …..

SECARA ASASNYA……

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan yang diberikan oleg Hospital Kerajaan adalah perkhidmatan di luar skop GST yang membawa maksud Tiada GST dikenakan atas perkhidmatan tersebut.

MANAKALA……

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan yang diberikan oleg Hospital Swasta yang berlesen atau berdaftar adalah perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST.

WALAUBAGAIMANAPUN……

Bagi Perkhidmatan Jagaan Kesihatan yang diberikan oleg PPUKM yang tidak berada sama ada di luar skop GST ataupun dikecualikan GST kerana status PPUKM sebagai hospital pengajar. Ini menyebabkan PPUKM tidak mendapat apa-apa pengecualian daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan perlu mengenakan GST sebanyak 6% kepada perkhidmatan yang diberikan.

KESIMPULANNYA,

Semua perkhidmatan yang diberikan oleh PPUKM seperti rawatan pesakit luar/dalam, ubat-ubatan, ujian makmal, perundingan, pembelian alat sokongan perubatan, caj wad atau mana-mana yang berkaiatan dengan perkhidmatan jagaan kesihatan yang diberikan kepada pelanggan PPUKM akan dikenakan GST sebanyak 6%.

Tarikh Kuatkuasa …..
01 APRIL 2015

MAKLUMAT LANJUT ATAU PERTANYAAN…..

Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan GST di PPUKM boleh juga diperolehi di laman sesawang PPUKM di https://www.ppukm.ukm.my atau jika anda memerlukan penjelasan sila hubungi kami melalui:-

Email : ugst.jkew@ppukm.ukm.edu.my
Talian HOTLINE : 03-91455137

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast