Pembentangan hasil kajian di Sesi Sepetang Warga Penyelidik bersama Naib Canselor

23 Mar 2015

Pada 16 Mac 2015 yang lepas,  satu ‘Sesi Sepetang Warga Penyelidik bersama Naib Canselor: Pembentangan Projek Penyelidikan’ telah diadakan di Hotel Puri Pujangga, Bangi. Prof Madya Dr Chua Kien Hui dari Jabatan Fisiologi, Pusat Perubatan UKM telah hadir ke sesi tersebut dan membentangkan hasil penemuan beliau mengenai kesihatan tulang dan cara untuk mengelakkan penyakit tulang osteoporosis melalui rawatan bersandarkan kepada minyak kelapa sawit. Majlis dihadiri Ahli Lembaga Pengarah Universiti Prof Datuk Ahmad Tasir bin Lope Pihie, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Prof Dato Dr Mazlin Mokhtar (Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof Dr Imran Ho Abdullah (Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat).

Berita selanjutnya di UKM News Portal: Gesaan Penyelidikan Pelbagai Disiplin Ditingkatkan

Search

+
Font Resize
Contrast