PEMAKLUMAN – Hari Kesihatan Usus dan Hati

11 Jan 2017

Print

Unit Gastroeneterologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi akan mengadakan Program Digestive & Liver Day 2017  peringkat PPUKM pada tarikh dan tempat seperti berikut: –

Tarikh : 12 Januari 2017 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi -3.00 petang
Tempat : Lobi Utama, HCTM PPUKM.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan kesihatan dan pengetahuan kepada pesakit dan orang ramai mengenai penyakit kronik hati hepatitis B. Disamping itu, kami akan mengadakan ujian saringan percuma untuk mengesan virus hepatitis B dengan pengambilan darah orang awam.

Digestive & Liver Day 2017 merupakan satu mekanisma bagi memperkenalkan gaya hidup sihat dan sejahtera kepada kita semua. Melalui aktiviti yang sihat, mampu melahirkan komuniti sejahtera. Maka penganjuran program ini bertujuan bagi meningkatkan tahap kesihatan usus dan hati di kalangan warga kerja PPUKM, para pesakit dan orang awam yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast