MAKLUMAN: Program “Free Market”

21 Mar 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Khidmat Pelanggan HCTM PPUKM akan mengadakan program kemasyarakatan yang dipanggil Free Market pada 1hb April, 2016 ( Jumaat). Program ini menyasarkan  semua kakitangan UKM dan HCTM PPUKM di mana kakitangan boleh membuat sumbangan barangan/peralatan persendirian yang tidak lagi digunakan (baru atau terpakai) untuk dimanfaatkan oleh mana-mana kakitangan/pihak lain yang berminat. Pemberian barangan sumbangan kepada penerima lain adalah dibuat secara percuma pada tarikh Free Market diadakan.

Sehubungan dengan itu, pihak penganjur ingin menjemput mana-mana kakitangan yang berminat untuk menyumbangkan barangan persendirian yang akan disumbangkan kembali kepada kakitangan dan pihak lain di FreeMarket berkenaan. Barang sumbangan boleh dimajukan kepada Jabatan Khidmat Pelanggan HCTM PPUKM setiap hari bekerja mulai sekarang sehinggalah pada 31hb Mac  2016.

Mohon jasabaik dan kerjasama pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat menghebahkan kepada kakitangan di Fakulti/Pusat/Unit masing-masing, sama ada yang berminat untuk menyumbang atau untuk hadir di Freemarket berkenaan.

Sekian, kerjasama dari pihak YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

programfreemarket2-01

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast