MAJLIS SUNATHON HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ UKM 2019

6 Dec 2019

CHERAS, 30 November 2019 –¬†Seramai 70 orang kanak-kanak yang terdiri daripada 58 orang anak-anak warga HCTM, 6 orang kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Tengku Budriah dan 6 orang kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald HCTM telah mengikuti Program Sunathon HCTM UKM 2019.

Program ini merupakan anjuran Unit Urologi, Jabatan Surgeri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Jabatan Maklumat Kesihatan, Jabatan Khidmat Pelanggan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Farmasi, Bahagian Governan dan Pentadbiran, Jakom-Tek, Dewan Bedah dan Kelab Seni Budaya, Kampus Kuala Lumpur.

Majlis dirasmikan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor, Kampus Kuala Lumpur. Turut hadir dalam majlis, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah HCTM dan En. Mohd Nasri Nordin, Pengurus Besar Ronald McDonald House Charities (RMHC).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast