Majlis Perasmian “World Prematurity Day” dan pelancaran buku “Feeding The Preterm Infant”

18 Nov 2015

19 November 2015 (Khamis) – Jabatan Pediatrik dengan kerjasama beberapa jabatan lain menganjurkan Majlis Perasmian “World Prematurity Day” untuk kempen kesedaran kelahiran bayi pramatang dan pelancaran buku “Feeding The Preterm Infant” yang ditulis oleh Prof. Dr. Cheah Fook Choe, Pakar Neonatal, NICU, PPUKM.

Majlis yang dihadiri lebih 200 orang jemputan dan peserta telah dirasmikan oleh wakil dekan dan pengarah HCTM PPUKM, YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman. Lebih 200 orang yang terdiri daripada kakitangan PPUKM, ibu mengandung, kanak-kanak bayi pramatang, pelajar, dan rakan industri telah hadir dalam majlis ini sabagai tanda menyokong program kesedaran ini.

“World Prematurity Day” atau Hari Pramatang Sedunia, adalah sambutan yang diadakan pada setiap 17 November dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kelahiran pramatang iaitu kelahiran bayi sebelum 37 minggu kehamilan. Sempena hari tersebut, NICU PPUKM telah mengaturkan program kesedaran seperti ceramah berkaitan punca-punca yang menyebabkan pramatang dan cara-cara penjagaan bayi kelahiran pramatang yang meliputi suntikan steroid pra-kelahiran kepada ibu, penyusuan dan penjaan suhu badan yang optima, rawatan antibiotic untuk jangkitan kuman kepada ibu dan bayi dan kebersihan tangan. Selain itu, pameran dan booth aktiviti juga turut diadakan untuk kanak-kanak bekas bayi pramatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast