Majlis Perasmian Sunathon 2014

8 Dec 2014

Satu Majlis perasmian program Sunathon telah diadakan di Lobi Utama, Pusat Perubatan UKM  pada hari Sabtu, 6 Disember 2014 yang lepas. Program ini merupakan aktiviti berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan secara tahunan oleh Unit Neurologi, Jabatan Surgeri.

Seramai 54 orang kanak-kanak telah berdaftar sebelum menghadiri program ini terdiri daripada anak-anak kakitangan dan anak-anak yatim. Majlis dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah PPUKM, YBhg. Prof. Dr.  Zainul Rashid bin Mohd Razi . Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat mengenai prosedur berkhatan disampaikan oleh pegawai perubatan, Dr.Ahmad Tarmizi.  Selain prosedur berkhatan, Dr. Ahmad Tarmiziz turut menerangkan cara penggunaan kit selepas berkhatan yang mengandungi risalah dan alat-alat cuci luka untuk kemudahan peserta membersihkan luka di rumah.

Antara acara dalam majlis ini  ialah persembahan silat Persatuan Silat Cengkaman Harimau Al-Najihin, penyampaian cenderamata, perarakan peserta dan diiringan kumpulan kompang dan ibubapa. Aktiviti berkhatan dijalankan di Klinik Surgeri berhampiran dengan Lobi Utama.

Prof. Dr. Zainul Rashid menyampaikan ucapan perasmian dalam Majlis Perasmian Sunathon 2014

Salah seorang peserta Sunathon mendapatkan nombor giliran

Para peserta menunggu untuk mendapatkan nombor giliran masing-masing

Perarakan peserta dan ibubapa dan diiringi paluan kompang ke Klinik Surgeri

Search

+
Font Resize
Contrast