Majlis Perasmian Sistem ‘Total Laboratory Automation’

24 Nov 2015

20 November 2015 (Jumaat)- Pusat Perubatan UKM telah mengadakan Majlis Perasmian Pelancaran Sistem ‘Total Laboratory Automation’ Makmal Patologi Kimia, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM PPUKM di Auditorium PPUKM.

Majlis yang dihadiri hampir 200 orang ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM. Tetamu jemputan daripada¬† Abbott Diagnostics, kepakaran PPUKM dan jemputan luar yang berkaitan telah hadir dalam perasmian sistem makmal automatik ini.

Sistem ‘Total Laboratory Automation’ (TLA) merupakan sistem yang diterokai oleh Unit Patologi Kimia, PPUKM hasil usahasama dan gabungan kolaborasi yang mantap bersama Abbott Diagnostics dimana sistem ini diwujudkan untuk menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan mengurangkan turn around time serta mewujudkan persekitaran yang kondusif. Sistem TLA di Unit Patologi Kimia PPUKM ini adalah sistem yang pertama di Malaysia dan kini menjadi rujukan kepada makmal-makmal lain yang menggunakan sistem sama di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+
Font Resize
Contrast